Tuesday, December 26, 2006
Aktiviti edaran risalah di pasar malam - Labu Besar pula
Program yang bermula sekitar jam 6.20 petang ini bertujuan untuk menyebar luaskan aktiviti penerangan dan dakwah secara sederhana dengan mengambil kira golongan sasaran awam yang berkunjung ke pasar-pasar malam. Program bulanan ini juga mengambil saranan YB Ketua Pemuda PAS yang menghendakkan Pemuda PAS untuk bertindak selaku duta penyelamat dan kasih sayang.
Respon dalam program kali ini amatlah baik. Sehingga risalah yang diedarkan habis dengan begitu pantas sekali. Terdengar juga rungutan sesetengah pengunjung/peniaga yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan risalah tersebut.
Mudah-mudahan usaha kecil ini ada nilaian di sisi Allah dan dengan usaha kecil ini juga moga-moga dapat menggerakkan hati masyarakat yang menerimanya untuk melakukan perubahan ataupun lebih dekat dan memahami Islam, Insya-Allah...
Thursday, November 30, 2006
FORUM PULIHKAN DEMOKRASI
bersama
DR SYED AZMAN SYED NAWAWI
(AJK PAS Pusat)
HAJI SAARI SUNGIB
(Bekas Tahanan ISA)
USTAZ AHMAD ADNAN FADHIL
(Ketua Pemuda PAS Perlis)
Sabtu - 2 Disember 2006/11 Zulkaedah 1427H - 9malam
PASTI Sg Badak, Kelang Lama, Kulim
Semua dijemput hadir!!
Saturday, November 25, 2006
Setiap Hari Disakiti - Dr Burhanuddin al-Helmy
“Suatu hari doktor memberitahu bahawa dalam tubuh saya kekurangan air. Air liur saya pekat dan mulut kekeringan kerana saya hanya diberi minum secawan teh pagi, secawan air panas masa makan tengah hari dan malam. Doktor juga pertahankan agar mereka beri saya air panas.
Kira-kira tiga hari setelah saya ditahan saya mengidap sakit gatal di celah kelangkang dan kedua belah tangan saya berkudis-kudis. Saya minta seluar dan baju baru yang tidak berganti-ganti. Saya telah terkena jangkitan kudis-kudis dari seluar yang kotor. Doktor kemudian meminta tukar seluar baju saya. Seluar dan baju itu juga hendaklah dijaga kebersihannya.
Seperkara yang mengazabkan saya adalah susah hendak buang air besar dan buang air kecil. Kadang-kadang sampai berjam-jam ken tunggu hendak buang air kecil atau buang air besar. Kerana terpaksa menunggu lama itu saya mendapat sakit payah kencing, iaitu kencing tidak lawas. Bila doktor memeriksa saya, didapati saya mengidap penyakit prostatitis. Sekarang ini pun saya masih lagi menghidap penyakit ini.
Saya tidak diberi pakai kaca mata padahal dari umur 15 tahun saya telah berkaca mata.
Saya tidak diberi sabun.
Saya tidak diberi berus gigi.
Saya tidak dibenarkan membaca Al-Quran.
Malam-malam nyamuk tidak terkira banyaknya menyerang sukar sekali untuk saya tidur. Tambah lagi rasa lemas dan cemas serta sesak dada. Saya tidak dibenarkan berselipar di atas lantai simen. Tilam yang diberikan mereka kepada saya kotor dan berhabuk menyebabkan saya selalu terbersin serta pula berbau busuk dan hapak”
Sunday, November 12, 2006
Majlis Ihtifal PASTI 2006
Majlis Ihtifal PASTI dilangsungkan di setiap cawangan PASTI pada setiap hujung sesi pengajian. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian para pelajar PASTI serta merupakan majlis terakhir buat para pelajar berumur 6 tahun sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.
Dengan perkembangan tersebut, sesungguhnya PASTI telah melalui suatu fasa yang benar-benar menguji keupayaan PASTI untuk melahirkan insan-insan yang soleh dan solehah. Aspek pembelajaran, aspek kurikulum, aspek pengajaran mahupun aspek pengurusan tadbir PASTI berupaya ditingkatkan dari semasa ke semasa. Semuanya dengan berkat kesungguhan warga PASTI untuk memajukan sistem pembelajaran yang diterajui Dewan Pemuda PAS ini.
Mudah-mudahan PASTI akan terus digerakkan dengan sokongan padu pelbagai pihak untuk melihat sistem pembelajaran yang berteraskan Islam diangkat setinggi-tingginya. Tahniah PASTI!!!
Tuesday, September 26, 2006
PERUTUSAN RAMADHAN - YDP PAS Kawasan Padang Serai
Hendaklah kita bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa dan marilah kita tingkatkan taqwa kerana sebaik-baik bekalan di akhirat nanti ialah bekalan taqwa. Puasa akan mendidik kita supaya bertaqwa, puasa mendidik kita supaya kita sentiasa sedar bahawa kita sedang diperhatikan, diperhati oleh Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Perhatian yang telus hingga kedalam hati.
Orang yang benar-benar berpuasa tidak tergamak melakukan maksiat, tidak tergamak melakukan mungkar, tidak tergamak melakukan kezaliman. Sebaliknya akan menjadi lebih tekun beribadat, lebih rajin membaca Al Quran, lebih pemurah, lebih mengasihi orang-orang yang susah dan lebih kuat berjihad. Begitulah natijah dan kesannya ibadat berpuasa kepada sesaorang.
Puasa bulan Ramadhan juga mendidik sesaorang itu merasai bertambah dekat ia dengan Allah. Merasai bahawa ia kasih kepada Allah, merasai bahawa Allah juga kasih kepadanya. Lantaran itu ia sentiasa bermunajat, sentiasa berdoa, sentiasa meminta-minta dari Tuhan Nya. Malam dan siang, tidak berhenti memohon sesuatu dari Allah. Berdoalah sebanyak mana yang anda hendak pohon, Allah akan melayan permohonan anda, Allah Maha Kaya dan tidak berkurang sedikitpun dari kekayaanNya.
Sedarlah bahawa Syarak mewajibkan kita dua perkara dengan sebab kedatangan Ramadhan. Pertama berpuasa dan kedua mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah pula mendidik kita menghilangkan perasaan kedekut, mendidik kita supaya sedar dalam rezeki yang Allah berikan kepada kita ada hak orang lain didalamnya, mendidik kita supaya ingat kepada orang-orang fakir dan juga orang miskin, mengingatkan kita kepada perjuangan fi sabilillah, perjuangan menegakkan kalimat Allah yang tidak pernah terhenti hingga hari kiamat.
Saya menyeru kepada semua ahli PAS, keluarlah sebahagian zakat fitrah kamu kepada fakir miskin dan sebahagian lagi kepada asnaf fisabilillah. Janganlah ragu akan firman Allah yang bermaksud " Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil, muallaf, hamba mukatab, orang yang berhutang, untuk perbelanjaan fi sabilillah dan ibn sabil. Ketetapan itu adalah ketapan yang datang dari Allah dan ingatlah Allah Amat Mengetahu lagi Amat Bijaksana.
(At Taubah : 60)
Jihad kearah perlaksanaan syariat Allah dan penyebaran syiar Islam wajib diteruskan. Begitu juga jihad mempertahankan aqidah umat Islam yang sedang diserang dari berbagai sudut. Moga-Moga kedatangan Ramadhan pada tahun ini akan membawa kita semua kepada peningkatan taqwa dan peningkatan jihad. Dengan sokongan kuat dari ahli-ahli dan penyokong, PAS akan terus berjihad menegak kalimat Allah bagi mewujudkan masyarakat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
Haji Fauzi Tahir
Yang Dipertua
PAS Kawasan Padang Serai.
Sunday, September 24, 2006
Ramadhan Kareem !!
ADAB IBADAH KHUSUS DALAM BULAN RAMADHAN
· Perbanyakkan mengingatkan diri bahawa kita sedang berpuasa Ramadhan demi mentaati perintah Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya s.a.w.
· Meletakkan sasaran, berniat dan berusaha untuk mengkhatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan Ramadhan.
· Memilih satu atau beberapa surah Al-Quran bagi tujuan mendalami makna, tafsir, pengajaran dan segala tuntutan dan larangan yang terkandung di dalamnya.
· Memperbanyakkan solat fardhu secara berjemaah khasnya di surau dan masjid.
· Menjaga dengan baik solat-solat sunat rawatib, dhuha, tahiyatul masjid dan hajat sepanjang siang bulan Ramadhan.
· Berbuka puasa sebaik sahaja waktu berbuka telah tiba.
· Mengawal nafsu daripada makan dan minum secara berlebih-lebihan semasa berbuka puasa.
· Memberi tumpuan yang bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan solat tarawih, istighfar, zikir dan doa pada malam bulan Ramadhan.
· Memperbanyakkan doa memohon keampunan daripada Allah, meminta dimasukkan kita ke dalam syurga-Nya serta meminta diselamatkan kita daripada api neraka.
· Menambahkan amalan solat malam dan doa munajat sebelum sahur.
· Bangun untuk bersahur walaupun dengan seteguk air.
· Elakkan sifat boros dan membazir. Kurangkan belanja dapur dan agihkan wang yang dijimatkan itu untuk bersedekah di jalan yang dimuliakan oleh Islam.
· Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara lagha dan yang tidak bermanfaat.
· Tingkatkan usaha-usaha bagi melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
· Gandakan amal kabajikan dan taawun demi kebaikan dan taqwa kepada Allah.
· Tingkatkan azam dan tindakan kita untuk memboikot barangan Amerika yang dengan hasil keuntungan tersebut digunakan untuk membantu rejim Zionis-Israel membunuh rakyat Palestin dan Lubnan.
· Lakukan sesuatu seperti menderma bagi meringankan kesengsaraan umat Islam di Burma, Kemboja, Mindanao, Selatan Thailand, Palestin, Kashmir, Lubnan, Iraq, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain.
· Ingatlah mereka yang susah dan terseksa di negara ini seperti para tahanan Kem Kamunting yang dipenjarakan tanpa bicara di bawah undang-undang zalim ISA.
· Tingkatkan permintaan dan doa agar Allah membebaskan ummah dan negara ini daripada gejala murtad, bencana, wabak, penindasan, kezaliman dan perkara-perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah.
Seputar isi Siri Penerangan di Kawasan
KERAJAAN NEGERI KEDAH
SALAH GUNA WANG DANA KHAS
UNTUK MEMBANTU GOLONGAN MISKIN
Sedutan Laporan Audit Negara tahun 2003-2005
(dikeluarkan pada Jun 2006)
Kedah mendapat peruntukan daripada dana khas mulai tahun 2003. Bagi tempoh tahun 2003-2005, sejumlah RM40 juta telah diberi kepada negeri ini sama ada melalui Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Kewangan Negeri. Semakan audit mendapati beberapa bayaran yang tidak teratur/selaras (salah guna) dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri seperti contoh berikut :-
· Pembayaran sumbangan bagi Program Pusat Tusyen Anjuran Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani berjumlah RM110,000 telah dibuat berdasarkan kertas kerja cadangan program
· Pembelian peralatan dan kos perkhidmatan berjumpah RM701,222 seperti label pin untuk orang kenamaan, topi, baju serta memasang billboard sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke Kedah; pakaian untuk pasukan kawat Ahli Dewan Undangan Negeri sempena Hari Kemerdekaan; bayaran membekal permaidani dan timber blind untuk kegunaan Pejabat Menteri Besar; peralatan penggambaran untuk krew NTV7 telah dibayar oleh Pejabat Pembangunan Negeri. Mengikut maklum balas yang diterima daripada Perbendaharaan
· Sebanyak 700 buah komputer bernilai RM2.1 juta telah dibeli pada tahun 2004 untuk diagihkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di seluruh Kedah tanpa memanggil tender
TINGGALKAN UMNO UNTUK ANDA MENGELAK BERSUBAHAT MENINDAS GOLONGAN MISKIN
Tuesday, September 19, 2006
Program Penerangan September 2006
Ceramah Politik dan Isu Semasa
Saifuddin Nasution Ismail
Dr Jamnul Azhar Mulkan
21 September 2006 - 9:30 malam
Kg Siam, Lunas
Siri Penerangan 2
Forum Ambang Ramadhan
Ustaz Idris Haji Ahmad (Timb Ketua DPPP)
Cikgu Azmi Hamid (TERAS)
Ustaz Fauze Hussain (Pengetua SRIDU)
Pengerusi Majis : Ustaz Halizal Alias
22 September 2006 - 9:30 malam
PASTI Islahiyyah Sg Badak, Kelang Lama
Semua dijemput hadir beramai-ramai!!!
Friday, September 15, 2006
Friday, September 08, 2006
Futsal persahabatan - DPPKPS vs Cawangan Bukit Sarang Ayam
Atas kesedaran itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai telah menganjurkan satu perlawanan futsal persahabatan dengan Pemuda Cawangan Bukit Sarang Ayam di arena futsal Kulim, Kelang Lama.
Perlawanan persahabatan ini juga bertujuan mengeratkan ukhuwah di antara pemuda kawasan dengan pemuda cawangan. Hubungan yang baik ini perlu untuk menjamin kesinambungan gerak kerja di peringkat kawasan ke cawangan. Perlawanan menarik ini berakhir dengan kemenangan di pihak cawangan Bukit Sarang Ayam dengan jaringan 10-5.
Walaupun tewas, Pemuda Kawasan berazam untuk meningkatkan prestasi dalam siri perlawanan akan datang. Moga-moga dengan usaha yang kecil ini mendapat redha Allah dan seterusnya memperkasakan penggerak pemuda di seluruh kawasan Padang Serai ini, Insya-Allah!!!
Tuesday, August 29, 2006
Usrah Bulanan DPPKPS - 23 Ogos 2006 - Masjid Nagor Padang Serai
Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor pernah ditanya ketika beliau mengajar di Pejabat PAS Kedah kira-kira jam 9.00 pg -11.00 pg Jumaat dalam tahun 80 an,
Ustaz Fadhil tambah lagi..
Thursday, August 10, 2006
Siri Penerangan DPPKPS
Saturday, August 05, 2006
YB Salahudin sempena taklimat di Markaz Tarbiyyah Melewar
Beliau yang baru pulang dari luar negara atas satu jemputan sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian antara lainnya menegaskan kepada semua pemuda untuk bekerja keras untuk kemenangan di samping merasakan suatu izzah menjadi seorang pemuda PAS. Antara lain ucapan beliau;
- Pemuda PAS mesti berani mengkritik, memberi pandangan, berbincang politik semasa
- Kekuatan Pemuda PAS mesti berakar umbi, yang mana Pemuda PAS sentiasa dirasai kehadirannya di mana-mana
- Jangan malas, jangan tidur, lembab, tidak proaktif, jumud dan bersikap 'apologetic'
- Balik dan bekerja serta kuatkan minda
Semuanya menuju persiapan ke Himpunan 15000 Pemuda di Kota Bharu pada Disember 2006 ini. Moga Pemuda-pemuda PAS khususnya di Padang Serai dapat menyahut seruan YB Ketua Pemuda ini. Allahu Akbar!!!!
Monday, July 31, 2006
Usrah Bulanan DPPKPS - 26 Julai 2006 - Markaz Keladi
“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara kamu lebih tinggi daripada suara Nabi, dan janganlah kamu bersuara keras kepadanya dengan perkataan, seperti kerasnya suara sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalan kamu sedangkan kamu tidak sedar. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka untuk takwa, mereka dapat pengampunan dan upah yang besar”
(Al Hujuraat : 2,3)
Sebab Nuzul
Kata Imam Qatadah :
“ Allah turunkan ayat yang ke-2 surah ini bagi menegur sebagian sahabat yang meninggikan suara ketika berbicara dengan Rasulullah SAW”.
Muhammad bin Thabit meriwayatkan :
“Ketika turun ayat ke-2 surah ini, terduduklah Thabit bin Qais di atas jalan sambil menangis. Ketika itu, ‘Ashim bin ‘Adi lalu di situ dan bertanya : “Mengapa engkau menangis?” Dia menjawab:”Aku takut ayat ini turun berkenaan diriku, keran aku adalah seorang yang bersuara nyaring”. Kemudian ‘Ashim mengadu perkara ini kepada Rasulullah SAW dan Thabit pun dipanggil. Rasulullah SAW bersabda :
“Apakah engkau tidak redha jika hidup engkau terpuji, engakau akan dibunuh syahid dan akan dimasukkan ke dalam syurga?”
Dia menjawab : “ Aku redha dan aku tidak akan menyaringkan suaraku mengatasi suara Rasulullah SAW buat selama-lamanya.” Maka turunlah ayat ke-3, iaitu yang menceritakan janji Allah kepada orang yang taat akan ketetapanNya.
Penjelasan umum
Allah mengajar orang-orang mukmin supaya memuliakan Rasulullah dan menghormatinya, kerana yang dimikian itu hukumnya wajib. Orang mukmin diajar apabila bercakap dengan Nabi SAW hendaklah merendahkan suara, jangan meninggi dengan mengangkat suara melebihi suara Nabi. Jangan pula memanggil namanya sahaja sebagaimana yang biasa dilakukan oleh sebahagian orang kepada sebahagian yang lain.
Perbuatan mengangkat suara dan mengeras-ngeras perkataan di hadapan Nabi, dikhuatiri akan menghilangkan pahala amalan tanpa disedari. Adapun perbuatan tidak sopan terhadap Nabi dengan memperkecilkan martabatnya, boleh membawa kepada kufur dan menghilangkan pahala amalan.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah membuktikan kepatuhannya kepada perintah Allah ini dengan menegaskan :
“ Demi Allah, Aku tidak akan mengangkat suara aku melainkan aku bercakap (dengan Rasulullah) seperti hendak memberikan sesuatu rahsia”
Perlu juga diketahui, bahawa larangan mengangkat suara bukan sahaja semasa bersama-sama Rasulullah SAW, tetapi termasuk juga setelah baginda wafat iaitu apabila dibaca hadis-hadis baginda. Kita mestilah menghormati ucapan-ucapan Rasulullah SAW sebagaimana kita disuruh diam ketika mendengar bacaan Al-Quran.
Firman Allah :
“ Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarlah kamu kepadanya serta diamlah kamu”
(Al-A’raf:204)
Sesungguhnya sabda Rasulullah SAW juga adalah daripada Allah Taala. Oleh itu, kita juga hendaklah menghormati hadis Rasulullah sebagaimana kita disuruh menghormati semasa baginda hidup.
Qadhi Abu Bakar bin ‘Al-Arabi menegaskan :
“ Menghormati Nabi SAW selapa wafat samalah seperti baginda masih hidup. Sabdanya yang bernas dan berkesan itu selepas kewafatannya sama juga ketika baginda masih hidup. Apabila dibacakan hadisnya, maka wajiblah ke atas setiap yang hadir tidak mengangkat suaranya. Dan jangan berpaling daripadanya, sebagaimana pada kebiasaan di dalam majlis Rasulullah SAW ketika baginda melafazkan kata-kata”.
Demikian juga ketika kita menziarahi maqam baginda, hendakalah kita bersikap lemah lembut, sopan santun dan jangan meninggikan suara. Saidina Umar pernah memanggil dua pemuda yang bertengkar di hadapan maqam Nabi SAW dan bertanya :”Apakah kamu penduduk Madinah atau datang dari luar?” Lalu dijawab dari luar oleh Thaif. Maka Saidina Umar memberi amaran keras “ Kalau kamu penduduk Madinah, Aku akan sebat dengan cemeti”.
Realiti Kini
Sunnah Rasulullah yang terdiri dari perkataan, perbuatan dan pengakuan dihina dan diperlekehkan. Terbaru dalam kes serban yang dipakai oleh 3 pelajar yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, kesudahannya serban dihina sebagaimana penghinaan terhadap janggut Rasulullah SAW.
Tindakan Kita
1. Tanamkan sifat memulia dan mengagungkan sunnah Rasul
2. Memperbanyakkan amalan yang dilakukan oleh Rasul dalam kehidupan
3. Sunnah Rasul bukan sekadar ibadat khusus sahaja bahkan yang lebih besar melaksanakan syariat Rasul.
Hadis dan Isu Semasa
“Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum muslimin memerangi kaum yahudi sehingga kaum yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu berkata : Hai orang Islam, inilah yahudi berada di belakang ku, marilah dan bunuhlah ia kecuali pohon gharqad kerana pohon ini adalah dari pohon yahudi (melindunginya)”
(Bukhari dan Muslim)
Pengajaran
1. Apa yang disebut oleh Rasul tidak akan berlaku kecuali apabila solat jamaah umat Islam seperti solat Jumaat (jumlah yang ramai)
2. Pohon gharqad itu sekarang ialah pemimpin dunia Arab kerana mereka yang melindungi yahudi
3. Kini umat Arab sudah mati, yang masih hidup ialah umat Islam
4. HAMAS diberi kata dua oleh yahudi, samaada iktiraf Israil atau tinggalkan Palestin
Penutup
Apa yang berlaku pada Palestin tidak mustahil akan berlaku pada kita jika kita terus alpa. Sudah banyak tanah-tanah kita terlepas ke tangan kafir dan kuasa asing. Ekonomi kita dikuasai, politik kita mengikut telunjuk kuasa besar. Iman pula mengikut hawa nafsu. Kita serba lemah dan wajib membina kekuatan bagi menghadapi cabaran ini, namun…..Tongkat Ali tidak mampu menguatkan semua ini……………
Sunday, July 23, 2006
Edar Buletin di Pasar malam Taman Mutiara
Program ini dirancang untuk menjadi program bulanan DPP Kawasan. Kami akan turun setiap bulan ke pasar malam sekitar kawasan Padang Serai dan mengedar risalah dan bertemu masyarakat setempat.
Petang semalam, beberapa AJK DPPKPS disertai sekumpulan besar ahli Pemuda Cawangan Taman Mutiara telah membantu untuk menjayakan program ini yang bermula jam 6 petang.
Usaha yang berterusan seperti ini akan dilakukan bagi memberi penerangan kepada masyarakat, memperkenalkan DPPKPS kepada masyarakat serta menyampaikan usaha dakwah untuk memberi kefahaman terhadap Islam. Moga dengan usaha yang kecil ini akan dihisab oleh Allah ta'ala sebagai satu amalan yang mendapat redha dan berkah-Nya...Insya-Allah.
Teruskan usaha ini DPPKPS!!!!
Saturday, July 22, 2006
Thursday, July 20, 2006
Ahlan Wasahlan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai (DPPKPS) melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penerbitan laman blog ini dengan tujuan perkongsian maklumat, perkongsian pandangan dan membuka ruang yang lebih luas kepada masyarakat khasnya masyarakat di Padang Serai, Kedah untuk mengetahui perkembangan semasa dunia.
Berbekalkan semangat baru selepas meraih salah satu daripada Anugerah UKJ Terbaik Dewan Pemuda PAS Pusat dalam Muktamar Agung Tahunan DPPP pada 5 Jun 2006 lalu, DPPKPS berazam untuk meningkatkan lagi azam dan usaha untuk memperkemas lagi kerja buat di peringkat kawasan bagi memperoleh kemenangan untuk Islam dan dalam pilihan raya akan datang.
Moga DPPKPS akan terus maju dan berjaya. Allahu akbar!!
PULIHKAN DEMOKRASI DAULATKAN ISLAM - MENERAJU KEBANGKITAN