Wednesday, April 04, 2012

Yang Mana Pilihan Anda?

Akan berlaku situasi sebegini apabila PAKATAN RAKYAT menguasai pentadbiran PUSAT nanti....Semoga  diberikan KEMENANGAN yang berterusan.........Insya'ALLAH

Hakikat Sebenar Harga Barang Pada Hari Ini

Oleh yang demikian untuk merialisasikan NEGARA BERKEBAJIKAN serta mengurangkan BEBAN yang di tanggung oleh kita semua sebagai RAKYAT MALAYSIA......JOM KITA UBAH pada PRU-13 yang akan datang........

Simboliknya Kerajaan MALAYSIA Hari Ini

Sejak lahir rakyat bawahan dah kena tanggung hutang la.......oleh itu lepas ni JOM TUKAR pemerintah yang ada sekarang ni.......

Thursday, March 29, 2012

Program Bersama Kaum Tionghua







Program Beramah mesra dengan penduduk Kawasan Padang Serai




serta mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA dengan memberi buah limau dan kad ucapan GONG XI FA CAI.


 Program ini telah disertai bersama DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS KAWASAN PADANG SERAI (DHPPKPS) dan PAS Kawasan Padang Serai. Program ini telah diadakan pada 21 Januari 2012.



Sambutan & kerjasama yang diberikan oleh kaum Tionghua Kawasan ini sungguh menggalakkan. Program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum serta menjadi program tahunan bagi DPPKPS untuk menarik pengundi-pengundi yang bukan ISLAM bagi memberi sokongan kepada PARTI ISLAM SE-MALAYSIA pada PRU 13 & seterusnya. Ini membolehkan masyarakat lebih rapat dan mengenali PAS dgn lebih mendalam lagi sesuai dengan slogan 'PAS FOR ALL'.



Antara sahabat-sahabat saf kepimpinan DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PADANG SERAI ( DPPKPS ) 2011-2013.


Himpunan Pemuda PAS PRU 13 , Padang Serai.






Aktiviti yang diadakan pada 6 Februari 2012, bertempat di hutan rekreasi Ulu Paip. Turut hadir dalam aktiviti ini adalah bekas artis tanah air kita yang tersohor suatu masa dahulu iaitu Bob Lokman.

Tuesday, March 13, 2012

Program Jejak Fakir 2011




Antara Program Tahunan yang dikendalikan oleh Lajnah Kebajikan DPPKPS.

Program jejak fakir 2011 Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai (DPPKPS) kini kembali. Program ini disusun oleh DPPKPS sempena bulan Ramadan ini disamping mengambil keberkatan membantu golongan fakir & miskin pada bulan Ramadan yang mulia ini. Tema membina Negara Berkebajikan perlu dimulakan dari bawah dengan mengenali golongan marhain yang sememangnya perlu dibantu.

Program ini bermula sejak awal bulan Ramadan lagi. Pada 14/8/2011 DPPKPS telah berjaya memasuki beberapa kawasan kampung yang majoritinya fakir & miskin. Kawasan yang terlibat adalah Bikan Atas & Bikan Bawah, Kuala Dahan, Bagan Sena, Kampung Keda, Kg. Bukit Sarang Ayam, Sg.Seluang & Keladi.

Sebanyak 50 buah rumah fakir telah berjaya dikunjungi untuk diberi bantuan setakat ini. Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai dan juga barangan keperluan harian seperti beras,gula,kopi & sebagainya.

Turut hadir pada ziarah fakir dalam memberi sumbangan kali ini ialah Ustaz Yusof Awang (Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, merangkap pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri Kedah). Bersama-sama dengan Ketua,Timbalan Ketua , Pengerusi Lajnah Kebajikan serta beberapa AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai.

Menjejaki golongan kurang bernasib baik, fakir & miskin perlu diperhebatkan bukan sahaja dalam bulan Ramadan, tetapi perlulah berpanjangan.Kerja-kerja menyantuni golongan kurang bernasib baik, fakir & miskin ini amat wajar diteruskan. Sehubungan itu Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai mengalu-alukan mereka yang perihatin untuk menghulurkan sumbangan sama ada berbentuk barangan atau pun kewangan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi En Khalid Md Noh, 016-4564245 ( Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPKPS).