Tuesday, August 29, 2006

Usrah Bulanan DPPKPS - 23 Ogos 2006 - Masjid Nagor Padang Serai

* usrah bulan ini dilangsungkan awal daripada jadual DPP Negeri. Asas perbincangan daripada ayat 6-7 dari Surah Al-Hujuraat berlarutan sehingga persoalan syari'e nya pilihan raya dalam gerakan untuk menegakkan Islam dan syariat Islam di muka bumi Allah ta'ala terutamanya Malaysia ini. Berikut sedikit komentar YDP PAS Kawasan, Hj Pauzi berkaitan persoalan tersebut.

Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor pernah ditanya ketika beliau mengajar di Pejabat PAS Kedah kira-kira jam 9.00 pg -11.00 pg Jumaat dalam tahun 80 an,

Soalan : Adakah pilihanraya ini syarei dan bukankah pertaruhan pilihanraya itu satu judi.

Jawapan : Dalam perjuangan meninggi Kalimat Allah(Jihad) kita disuruh berjuang berdasarkan keadaan semasa. Jika penumbuk yang diperlukan, kita guna penumbuk, jika penampar yang diperlukan, kita guna penampar. Jika bunuh yang diperlukan kita bunuh orang itu. Contohnya ,Pak Mat Jawa tidak pandai menjawab hujjah orang ketika seorang UMNO perli(hina) Islam dalam sebuah kedai makan, maka dia gunakan penamparnya, dia tampar orang itu hingga terguling. Tindakan dia itu betul dan syarei.
Dalam perang Badar, umat Islam bukan datang untuk berperang, tetapi mereka dicabar untuk berperang, maka Allah mewajibkan perang. Dalam perang kamu boleh membunuh, padahal membunuh itu pada asalnya berdosa dan kejam. Membunuh dalam perang adalah tindakan yang betul dan syarei.
Kita dicabar untuk menegakkan Islam di Malaysia melalui pilihanraya maka berpilihanraya itu adalah tindakan yang betul. Pilihanraya tidak perlu membunuh orang, ia hanya perlu pangkah. Mana lebih zalim pangkah dengan bunuh orang? Kalau Islam perlu kita bunuh orang kita bunuh orang, ini Islam hanya minta undi(pangkah), kita pangkah lah.
Dalam pilihanraya kita perlu bayar deposit RM3000(DUN) dan RM5000(Parlimen),itu harga dulu, kata Al Marhum, depa minta RM 3000 kita bagi RM3000, depa minta RM5000 kita bagi RM5000, kalau depa minta 1 juta kita bagi 1 juta kerana itu adalah jihad kita, jihad dengan harta kamu.........ujar beliau dengan penuh semangat

Komen saya; Hangpa baca ayat Quran, berjihadlah kamu dengan harta kamu dan dengan diri kamu.... tapi penakut, nak bagi harta pun kedekut dah cakap nak bagi nyawa....

Ustaz Fadhil tambah lagi..
Rasulullah bertanya..siapakah yang mahu pedangku ini. Semua orang mengangkat tangat . Rasulullah bertanya lagi, siapa mahu pedangku ini dan tunaikan hak-hak nya...semua menjatuhkan tangan kecuali seorang..Kata Ustaz Fadhil itulah perangai kita kita bila bercakap bersemangat tetapi bila bagi kerja tidak ada siapa sanggup buat..semua diam..tunduk dan malu..

Buletin DPPKPS - Bilangan 2 Ogos 2006

Thursday, August 10, 2006

Siri Penerangan DPPKPS

Sila hubungi kami jika berminat untuk mendapatkan bahan-bahan Siri Penerangan DPPKPS seperti yang diiklankan di bawah

Saturday, August 05, 2006

YB Salahudin sempena taklimat di Markaz Tarbiyyah Melewar

Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, 29 Julai 2006 - YB Salahuddin telah berucap dalam satu majlis taklimat untuk Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh Malaysia. Seperti biasa ucapan beliau memang cukup meninggalkan kesan dan menaikkan semangat pemuda untuk terus meningkatkan kerja menuju kemenangan sesuai dengan tema ucapan dasarnya pada muktamar yang lalu, "Meneraju Kemenangan".

Beliau yang baru pulang dari luar negara atas satu jemputan sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian antara lainnya menegaskan kepada semua pemuda untuk bekerja keras untuk kemenangan di samping merasakan suatu izzah menjadi seorang pemuda PAS. Antara lain ucapan beliau;
- Pemuda PAS mesti berani mengkritik, memberi pandangan, berbincang politik semasa
- Kekuatan Pemuda PAS mesti berakar umbi, yang mana Pemuda PAS sentiasa dirasai kehadirannya di mana-mana
- Jangan malas, jangan tidur, lembab, tidak proaktif, jumud dan bersikap 'apologetic'
- Balik dan bekerja serta kuatkan minda

Semuanya menuju persiapan ke Himpunan 15000 Pemuda di Kota Bharu pada Disember 2006 ini. Moga Pemuda-pemuda PAS khususnya di Padang Serai dapat menyahut seruan YB Ketua Pemuda ini. Allahu Akbar!!!!