Al Marhum Ustaz Fadhil Mohd Noor pernah ditanya ketika beliau mengajar di Pejabat PAS Kedah kira-kira jam 9.00 pg -11.00 pg Jumaat dalam tahun 80 an,
Soalan : Adakah pilihanraya ini syarei dan bukankah pertaruhan pilihanraya itu satu judi.
Jawapan : Dalam perjuangan meninggi Kalimat Allah(Jihad) kita disuruh berjuang berdasarkan keadaan semasa. Jika penumbuk yang diperlukan, kita guna penumbuk, jika penampar yang diperlukan, kita guna penampar. Jika bunuh yang diperlukan kita bunuh orang itu. Contohnya ,Pak Mat Jawa tidak pandai menjawab hujjah orang ketika seorang UMNO perli(hina) Islam dalam sebuah kedai makan, maka dia gunakan penamparnya, dia tampar orang itu hingga terguling. Tindakan dia itu betul dan syarei.
Dalam perang Badar, umat Islam bukan datang untuk berperang, tetapi mereka dicabar untuk berperang, maka Allah mewajibkan perang. Dalam perang kamu boleh membunuh, padahal membunuh itu pada asalnya berdosa dan kejam. Membunuh dalam perang adalah tindakan yang betul dan syarei.
Kita dicabar untuk menegakkan Islam di Malaysia melalui pilihanraya maka berpilihanraya itu adalah tindakan yang betul. Pilihanraya tidak perlu membunuh orang, ia hanya perlu pangkah. Mana lebih zalim pangkah dengan bunuh orang? Kalau Islam perlu kita bunuh orang kita bunuh orang, ini Islam hanya minta undi(pangkah), kita pangkah lah.
Dalam pilihanraya kita perlu bayar deposit RM3000(DUN) dan RM5000(Parlimen),itu harga dulu, kata Al Marhum, depa minta RM 3000 kita bagi RM3000, depa minta RM5000 kita bagi RM5000, kalau depa minta 1 juta kita bagi 1 juta kerana itu adalah jihad kita, jihad dengan harta kamu.........ujar beliau dengan penuh semangat
Komen saya; Hangpa baca ayat Quran, berjihadlah kamu dengan harta kamu dan dengan diri kamu.... tapi penakut, nak bagi harta pun kedekut dah cakap nak bagi nyawa....
Ustaz Fadhil tambah lagi..
Rasulullah bertanya..siapakah yang mahu pedangku ini. Semua orang mengangkat tangat . Rasulullah bertanya lagi, siapa mahu pedangku ini dan tunaikan hak-hak nya...semua menjatuhkan tangan kecuali seorang..Kata Ustaz Fadhil itulah perangai kita kita bila bercakap bersemangat tetapi bila bagi kerja tidak ada siapa sanggup buat..semua diam..tunduk dan malu..
No comments:
Post a Comment