Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, 29 Julai 2006 - YB Salahuddin telah berucap dalam satu majlis taklimat untuk Ketua dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh Malaysia. Seperti biasa ucapan beliau memang cukup meninggalkan kesan dan menaikkan semangat pemuda untuk terus meningkatkan kerja menuju kemenangan sesuai dengan tema ucapan dasarnya pada muktamar yang lalu, "Meneraju Kemenangan".
Beliau yang baru pulang dari luar negara atas satu jemputan sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian antara lainnya menegaskan kepada semua pemuda untuk bekerja keras untuk kemenangan di samping merasakan suatu izzah menjadi seorang pemuda PAS. Antara lain ucapan beliau;
- Pemuda PAS mesti berani mengkritik, memberi pandangan, berbincang politik semasa
- Kekuatan Pemuda PAS mesti berakar umbi, yang mana Pemuda PAS sentiasa dirasai kehadirannya di mana-mana
- Jangan malas, jangan tidur, lembab, tidak proaktif, jumud dan bersikap 'apologetic'
- Balik dan bekerja serta kuatkan minda
Semuanya menuju persiapan ke Himpunan 15000 Pemuda di Kota Bharu pada Disember 2006 ini. Moga Pemuda-pemuda PAS khususnya di Padang Serai dapat menyahut seruan YB Ketua Pemuda ini. Allahu Akbar!!!!
No comments:
Post a Comment