ADAB IBADAH KHUSUS DALAM BULAN RAMADHAN
· Perbanyakkan mengingatkan diri bahawa kita sedang berpuasa Ramadhan demi mentaati perintah Allah seperti yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya s.a.w.
· Meletakkan sasaran, berniat dan berusaha untuk mengkhatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sepanjang bulan Ramadhan.
· Memilih satu atau beberapa surah Al-Quran bagi tujuan mendalami makna, tafsir, pengajaran dan segala tuntutan dan larangan yang terkandung di dalamnya.
· Memperbanyakkan solat fardhu secara berjemaah khasnya di surau dan masjid.
· Menjaga dengan baik solat-solat sunat rawatib, dhuha, tahiyatul masjid dan hajat sepanjang siang bulan Ramadhan.
· Berbuka puasa sebaik sahaja waktu berbuka telah tiba.
· Mengawal nafsu daripada makan dan minum secara berlebih-lebihan semasa berbuka puasa.
· Memberi tumpuan yang bersungguh-sungguh untuk menyempurnakan solat tarawih, istighfar, zikir dan doa pada malam bulan Ramadhan.
· Memperbanyakkan doa memohon keampunan daripada Allah, meminta dimasukkan kita ke dalam syurga-Nya serta meminta diselamatkan kita daripada api neraka.
· Menambahkan amalan solat malam dan doa munajat sebelum sahur.
· Bangun untuk bersahur walaupun dengan seteguk air.
· Elakkan sifat boros dan membazir. Kurangkan belanja dapur dan agihkan wang yang dijimatkan itu untuk bersedekah di jalan yang dimuliakan oleh Islam.
· Jauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara lagha dan yang tidak bermanfaat.
· Tingkatkan usaha-usaha bagi melaksanakan amar makruf dan nahi munkar
· Gandakan amal kabajikan dan taawun demi kebaikan dan taqwa kepada Allah.
· Tingkatkan azam dan tindakan kita untuk memboikot barangan Amerika yang dengan hasil keuntungan tersebut digunakan untuk membantu rejim Zionis-Israel membunuh rakyat Palestin dan Lubnan.
· Lakukan sesuatu seperti menderma bagi meringankan kesengsaraan umat Islam di Burma, Kemboja, Mindanao, Selatan Thailand, Palestin, Kashmir, Lubnan, Iraq, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain.
· Ingatlah mereka yang susah dan terseksa di negara ini seperti para tahanan Kem Kamunting yang dipenjarakan tanpa bicara di bawah undang-undang zalim ISA.
· Tingkatkan permintaan dan doa agar Allah membebaskan ummah dan negara ini daripada gejala murtad, bencana, wabak, penindasan, kezaliman dan perkara-perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah.
No comments:
Post a Comment