Sunday, September 24, 2006

Seputar isi Siri Penerangan di Kawasan

KERAJAAN NEGERI KEDAH

SALAH GUNA WANG DANA KHAS

UNTUK MEMBANTU GOLONGAN MISKIN

Sedutan Laporan Audit Negara tahun 2003-2005

(dikeluarkan pada Jun 2006)

Kedah mendapat peruntukan daripada dana khas mulai tahun 2003. Bagi tempoh tahun 2003-2005, sejumlah RM40 juta telah diberi kepada negeri ini sama ada melalui Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Kewangan Negeri. Semakan audit mendapati beberapa bayaran yang tidak teratur/selaras (salah guna) dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri seperti contoh berikut :-

· Pembayaran sumbangan bagi Program Pusat Tusyen Anjuran Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani berjumlah RM110,000 telah dibuat berdasarkan kertas kerja cadangan program

· Pembelian peralatan dan kos perkhidmatan berjumpah RM701,222 seperti label pin untuk orang kenamaan, topi, baju serta memasang billboard sempena lawatan YAB Perdana Menteri ke Kedah; pakaian untuk pasukan kawat Ahli Dewan Undangan Negeri sempena Hari Kemerdekaan; bayaran membekal permaidani dan timber blind untuk kegunaan Pejabat Menteri Besar; peralatan penggambaran untuk krew NTV7 telah dibayar oleh Pejabat Pembangunan Negeri. Mengikut maklum balas yang diterima daripada Perbendaharaan Malaysia, perbelanjaan tersebut dibuat atas arahan YAB Menteri Besar Kedah

· Sebanyak 700 buah komputer bernilai RM2.1 juta telah dibeli pada tahun 2004 untuk diagihkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di seluruh Kedah tanpa memanggil tender

TINGGALKAN UMNO UNTUK ANDA MENGELAK BERSUBAHAT MENINDAS GOLONGAN MISKIN

No comments:

Post a Comment