Monday, March 31, 2008

JANGAN JADI “PENJILAT” UMARA’


JANGAN JADI “PENJILAT” UMARA’

“Kalau anta nak senang, anta jangan kritik sangat pimpinan yang menang dalam pilihanraya baru ni!!!”. Itulah satu ungkapan dari seorang kawan yang menyebabkanku merasa loya dan sedikit berang.

Sindrom tidak mahu mengkritik kerana bimbang tidak mendapat keuntungan habuan dunia merupakan sindrom yang telah merosakan kewibawaan dalam sesebuah pemerintahan. Inilah kerosakan yang telah menimpa kepada kerajaan barisan Nasional/UMNO, walaupun dikalangan mereka terdapat ulama-ulama yang dianggap berwibawa sekalipun.

Jika merujuk kepada sejarah, keberanian ulama-ulama Tanah melayu zaman dahulu dalam menyatakan kebenaran menyebabkan mereka terpelanting keluar dari UMNO. Kita dapat melihat, bagaimana kebenaranian yang telah ditunjukkan oleh As-Syaikh Abdullah Fahim (datuk kepada Perdana Menteri ke 5) yang mengeluarkan fatwa haramnya loteri kebajikan yang diamalkan oleh UMNO, membuktikan kewibawaan yang ada pada diri ulama tersebut.

tidak dinafikan, wujudnya ulama-ulama seberani itu di zaman sekarang, tetapi apa yang pasti, ianya hanya segelintir sahaja.

Ada juga sebilangan ulama, yang jika dahulu, mereka berani mengkritik kerajaan barisan Nasional yang memerintah, tetapi apabila PAS atau BA menjadi Kerajaan, ada sebilangan ulama ini tidak mahu menjadi pengkritik, ianya dibimbangi tidak dapat habuan dunia dalam masa PAS memerintah.

Aku bukan memaksudkan PAS telah melakukan perkara yang bercanggah dengan Islam, tetapi ada sebilangan pemimpin tertentu agak menjadikan PAS ini bagaikan ”mak bapak dia yang punya”, yang kadangkala suka mengambil keputusan sendiri yang seakan-akan boleh merosakan keadaan.

Maklumlah, pemimpin-pemimpin PAS tersebut bukanlah Malaikat, begitujuga pengkritik-pengkritiknya juga bukannya maksum. Pun begitu, sepatutnya, setiap kritikan yang disampaikan kepadanya bukan sekadar menjadi bahan ejekan dan balas dendam dari pihak pemimpin tersebut, tetapi perlu dibincang dengan baik untuk menilai antara keburukan dan kebaikan disebalik kritikan tersebut.

ULAMA PERLU BERANI

Merujuk kepada sejarah lampau, didapati ulama-ulama terdahulu agak berani dalam menyampaikan kebenaran sehinggakan mereka ditekan oleh pihak pemerintah.

Kita dapat melihat, bagaimana keberanian Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal dalam menghadapi pemerintah pada zamannya. Walaupun asas pemerintahan ketika itu disandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi disebabkan beberapa perkara yang diamalkan oleh pemerintah ketika itu tidak bersesuaian dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah ekoran kepentingan yang dikejarnya, maka ulama-ulama ini sanggup berdepan dengan sebarang kemungkinan agar dapat melihat kebenaran terserlah.

Dr Siddiq Fadhil ada menyatakan dalam satu sesi perhimpunan NGO-NGO Islam di kelantan baru-baru ini tentang keberanian yang seharusnya wujud dalam jiwa ulama-ulama dalam menghadapi umara’.

Beliau menyatakan, ulama adalah golongan yang takut hanya kepada Allah. Tetapi yang membimbangkan ialah, dibimbangi wujudnya ulama-ulama penakut. Takutnya itu bukan lagi kepada Allah, tetapi takut dalam menyampaikan kebenaran, ekoran kesenangan yang ditaburkan kepada mereka.

Menurut beliau, ulama-ulama adalah penegur disebalik kesilapan yang dilakukan oleh umara’. Maka dengan itu, adalah lebih baik kalau ulama-ulama itu tidak bergantung dengan pihak umara’. Ianya adalah dibimbangi, ulama-ulama yang bergantung pada umara’ tersebut akan janggal dalam menegur kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak umara’.

Pada beliau, mana mungkin ulama menegur umara’, kalau ulama bergantung dengan umara’.

Dalam keadaan itu, beliau ada menceritakan seorang tokoh ulama yang tidak mahu menjadikan dirinya bergantung dengan pihak umara’. Walaupun ulama itu mempunyai kemewahan, tetapi ia tetap dengan kehidupan yang zuhud dengan memakan roti yang dicelup air garam. Ianya bertujuan agar ia tidak bergantung dengan pihak umara’ yang dengan itu, ia akan berani menyatakan kebenaran walaupun mendapat tekanan dari pihak umara’ sekalipun.

SEMPURNA DENGAN PRO DAN KONTRA

Kehidupan manusia ini tidak lari dari pro dan kontra. Pro dan kontra perlu diimbangi dengan pemikiran yang sihat, bukan dengan kehendak hawa nafsu dan emosi semata-mata. Ianya adalah bertujuan untuk melahirkan natijah yang baik disebalik perselisihan tersebut.

Allah juga menyatakan kepentingan disebalik pro dan kontra ini. Dinyatakan oleh Allah bahawa, jika tanpa pro dan kontra, sudah pasti akan berlakunya perbalahan diantara manusia dan bumi ini akan hancur.

Firman Allah;

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ

Maksudnya;
“Seandainya Allah tidak menolak sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini”

(Surah Al-Baqarah : 251)

Tidak dinafikan tidak semua manusia itu mempunyai jalan hidup yang tepat dan betul, bahkan kadangkala, dikala menjalani kehidupan, terdapat kesilapan dan kesalahan.

Apa yang pelik, ada sebilangan mereka yang mendakwa pemimpin Islam, bahawa mereka mendakwa pandangan mereka adalah tepat yang wajib “di wala’”, walaupun kadangkala pandangan itu adalah pandangan yang penuh dengan segala keraguan. Ianya seakan-akan menggambarkan pandangan mereka sebaris dengan wahyu Allah SWT.

Ekoran dari keadaan itulah, menyebabkan mereka menjadi umara’ yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Mengkritik mereka dianggap seperti mengkritik wahyu yang menyebabkan mereka mengambil sikap marah dan “takabbur” terhadap pengkritik-pengkritik.

Keadaan ini jika berlaku kepada pemimpin-pemimpin UMNO, itu dianggap biasa, tetapi yang luar biasanya, ianya berlaku kepada pemimpin-pemimpin PAS yang baru “sementah jagung” menang dalam pilihanraya baru-baru ini.

PENUTUP

Permusafiranku di beberapa negeri yang dimenangi BA baru-baru ini, menampakkan kepadaku (pada anggapanku) punca kemenangan tersebut.

Aku tidak melihat segala punca itu sebab kemenangan, tetapi punca kemenangan sebenar adalah hadiah dari Allah.

Melihat kepada kemenangan itu adalah hadiah, maka tidak mustahil juga, di masa akan datang, Allah akan mencabut kemenangan tersebut ekoran dari sikap sebilangan pemimpin-pemimpin yang berkepala “tiga suku” ini.

Aku juga berdoa, agar Allah mengugurkan mereka dari memimpin dimasa akan datang. Ianya bertujuan untuk menjamin kemenangan ini berkekalan dimasa akan datang.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://al-bakistani.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Friday, March 21, 2008

Kemudahan KHTP dipertingkat

ALOR STAR: Kerajaan PAS Kedah akan meningkatkan kemudahan yang ada di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) bagi membolehkan ia terus menjadi destinasi pelabur asing menanam modal, terutama dalam bidang teknologi tinggi.

Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, berkata kerajaan PAS akan meneruskan dasar kerajaan sebelum ini yang menggalakkan kemasukan pelabur ke Kedah, khususnya di KHTP bagi membolehkan ia membantu menjana ekonomi negeri.

"Adalah menjadi dasar kerajaan negeri untuk tidak berundur dalam apa perkara yang baik dilaksanakan kerajaan sebelum ini demi faedah rakyat.

"Malah, kita akan meningkatkan usaha menarik pelabur kerana kerajaan sudah membelanjakan peruntukan besar untuk menyediakan infrastruktur di KHTP.

"Kita mengkaji permohonan pelabur di situ untuk meningkatkan tahap kemudahan sedia ada untuk keselesaan mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjung hormat Persatuan Pengilang KHTP di sini, kelmarin.

Ini kali pertama beliau menerima kunjung hormat itu sejak mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru pada 9 Mac lalu.

Azizan berkata, dalam pertemuan itu pelabur terbabit mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan kemudahan di KHTP, termasuk mewujudkan balai polis, melebarkan jalan, membina kompleks sukan, sekolah antarabangsa bagi anak kakitangan asing, hotel, kompleks beli-belah dan pusat latihan.

Selain itu, katanya, mereka juga mahu kerajaan memberi perhatian terhadap aspek teknikal di taman perindustrian itu.

Beliau berkata, segala cadangan yang dikemukakan pelabur terbabit akan diteliti oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains, Inovasi dan Pertanian negeri, Amiruddin Hamzah untuk dipertimbangkan.

Katanya, Amiruddin juga akan mengadakan perjumpaan secara berkala untuk mendapatkan maklum balas daripada pelabur di KHTP.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, kerajaan negeri mengkaji untuk menyediakan latihan bagi membantu ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak bagi memastikan generasi muda itu sentiasa diberikan asuhan yang terbaik.

"Ia diharap dapat memberi panduan kepada ibu bapa supaya mereka dapat membesarkan anak dalam situasi yang bersesuaian terutama ketika menghadapi pelbagai masalah gejala sosial sekarang," katanya.

Mengenai cadangan mengurangkan atau menutup kedai nombor ekor dalam usaha memerangi tabiat buruk berjudi, Azizan berkata, kerajaan negeri perlu mendapatkan reaksi pemimpin masyarakat dan agama lain terlebih dulu.

"Pada dasarnya semua agama tidak membenarkan penganutnya berjudi kerana ia menimbulkan banyak masalah sosial. Isteri juga tidak suka suaminya menghabiskan masa dan wang dengan berjudi.

"Kita akan dapatkan pandangan pemimpin masyarakat terlebih dulu untuk mengambil kira pandangan mereka sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya.


sumber : www.bharian.com.my

Wednesday, March 19, 2008

Simbol Cadangan Untuk Pakatan Rakyat (PR)

Lajnah Dakwah, Penerangan dan ICT DPPKPS telah merekabentuk simbol untuk kegunaan Pakatan Rakyat (PR) sebagai satu cadangan. Berkemungkinan selepas ini, terdapat lagi simbol-simbol cadangan yang bakal dikeluarkan oleh mana-mana parti dan kawasan-kawasan yang lain. Inilah logo cadangan kami untuk digunakan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada masa-masa akan datang. Diharap kepimpinan Pakatan Rakyat dapat memerhati simbol cadangan kami. Terimalah......kalau ada komen silakan...



Gabungan dari logo-logo berikut :-

Shariah Law can be modern


Dr Terry Lacey | Mar 18, 08 4:23pm www.malaysiakini.com

The recent controversy in the UK when the Archbishop of Canterbury raised the possibility that some aspects of shariah law might be implemented in UK Muslim communities raised cultural and economic issues rather than simply religious questions. Shariah law is not always about backwardness, despite its image in the West.

If shariah banking can be modernised, globalised and, in management terms, ‘westernised’ in synergy with a liberal financial system, then why not other aspects of shariah law? Interpretation of shariah law is culturally contextualised in time and space, not universally fixed like concrete.

The liberal Islamic Indonesian scholar Zuhairi Misrawi argues that shariah law is a cultural product because it has been historically constructed and is attached to a specific territorial, geographical and socio-political culture.

Last year, there were a series of seminars on shariah banking in Indonesia organised with the British Chamber of Commerce. Shariah banking can be very modern. It has export credits, bonds, mortgages, leasing and profit-sharing, and will doubtless devise environmental credits too.

The profit and loss sharing aspect of shariah banking is the most innovative but the poor can normally only access fixed cost Islamic facilities more similar to Western interest. However Islamic profit and loss sharing instruments in Asia are, surprisingly, heavily used by non-Muslims (in Malaysia).

The big issue in shariah banking policy is the gap between rich and poor. When a modern economically dynamic society like UK absorbs migrants from a culture of rural poverty with tribal and feudal influences, then economics is driving social change. Shariah banking could make a greater contribution to resolving these problems by extending its more innovative profit-sharing concepts to poorer people to reduce marginalisation and promote social inclusion.

Maybe the UK should consult more with social workers in Pakistani and Bangladeshi cities who are also coping with urbanisation from backward rural areas. The only way out of this will be economic and social change, in UK, and in countries of origin.

Shariah banking should offer part of the way forward without excluding other groups or religions. In Indonesia, the trend is towards Islamic windows in conventional banks based on consumer choice - not to an institutionally separatist Muslim banking system. If non-Muslim Chinese business people in Malaysia or Indonesia want to use Islamic banking, they are welcome to do so, it is open to everybody.

One way to mobilise Islamic banking to help the poor would be to promote more investment in what we might call social capital markets like water supply and power supply, especially new and renewable energy. The profit and loss instruments of Islamic finance are the right shape to finance these long-term investments where poor people cannot afford the services at the start, but can afford to pay as incomes rise.

Some UK Muslim communities are already resolving family disputes voluntarily with shariah law. Of course, all parties should also have the right of recourse to the jurisdiction of UK courts. However, such rights have to be taught, learned and upheld. Politicising the debate on shariah law and confusing it with extreme criminal punishments which are not agreed with or practiced by most Muslims in the world does not help this process.

We should study the voluntary use of shariah law to resolve family disputes in UK, Canada and elsewhere, parallel to recourse to normal courts, to see if this helps resolve conflicts rather than hinder social changes.

Most of the same people who react strongly about shariah law in the UK would not be so negative if the modernisation of their factory or water supply was partly financed by an Islamic financing institution. Nor do they object to shariah law when they eat in a halal restaurant while they drink their lager with their curry. If the Muslims who serve the lager can be broad-minded, is it too much to ask of other people?

Al Fatihah: Haji Lah Lubuk Tapah meninggal dunia pagi ini

Oleh msomelayu.blogspot.com
Rabu, 19 Mac 2008

TUAN Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah telah kembali ke Rahmatullah pagi ini dalam usia 74 tahun. Allahyarham yang nama penuhnya Abdullah bin Abdul Rahman adalah antara guru Pondok yang masyhor dan juga bermulut masin yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat bukan saja dari Kelantan tetapi dari seluruh negara hingga dari Pattani.

Allahyarham meninggal jam 7:10 pagi ini dan akan dikebumikan di perkuburan Lubuk Tapah jam 5: 00 petang ini.

Sepanjang hayatnya Allahyarham seorang pejuang yang istiqamah mendokong perjuangan PAS dan sering dipanggil untuk mengimami solat hajat dan majlis-majlis keagamaan. Allahyarham juga menjadi pakar rujuk PAS dalam hal-hal mengenai agama.

Allahyarham juga antara Guru Pondok yang menjadi pakar rujuk Istana Kelantan.

Kali terakhir beliau hadir dalam kegiatan parti (perjuangan yang disaksi penulis) ialah sewaktu mengiringi calon PAS pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dua tahun lalu.

Allahyarham kurang cergas dan dan tidak menghadiri majlis-mjalis parti setelah menghidapi sakit diserang angin ahmar sejak beberapa bulan lalu. Sejak itu Allahyarham hanya terlantar atas katil. Bagaimana pun Allahyarham tetap menerima kunjungan orang ramai yang berhajat dengan beliau khasnya untuk mendapatkan air penawar atau pun doa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Hajjah Kamariah Abdul Ghani dan lima orang anak dua lelaki dan tiga perempuan serta ribuan murid. Sama-sama kita sedekahkan al Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyraham Haji Abdullah Lubuk Tapah ditempatkan bersama roh-roh insan yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah!

Nota DPPKPS : Moga-moga roh Tuan Guru Hj Lah Lubuk Tapah dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan bersama-sama dengan roh-roh para syuhadak dan solihin.

Tuesday, March 18, 2008

PAS tidak yakin dengan kabinet baru Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Kenyataan Media Presiden PAS
Tue | Mar 18, 08 | 1:46:27 pm MYT

PAS melihat kabinet baru Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini lebih merupakan kabinet untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau sebagai PM dan Presiden Umno dan bukannya untuk membina Malaysia yang baru. Nama-nama yang telah diumumkan itu kebanyakkannya merupakan mereka yang setia dengan Abdullah manakala mereka yang dikira rapat dengan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak telah dicantas.

Perlantikan beberapa Senator untuk menganggotai kabinet khasnya dari kalangan pimpinan Umno membuktikan yang ImageAbdullah menganggap bahawa ahli-ahli Parlimen Umno yang lain yang telah berjaya dalam pilihan raya umum lalu sebagai tidak layak untuk duduk di dalam kabinet.

PAS juga mendapati kabinet ini turut dianggotai oleh tokoh-tokoh yang moral dan kebersihannya sangat diragukan oleh rakyat dan ini sudah pasti tidak akan membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

Bagi PAS kabinet baru Perdana Menteri ini tidak memiliki kekuatan untuk mengubat ketidakpuasan hati rakyat yang telah diterjemahkan melalui keputusan PRU ke-12 lalu. Abdullah jelas tidak mengambil iktibar dari kemerosotan sokongan rakyat terhadap beliau itu dan diyakini melalui kabinet ini beliau akan terus mengulangi kesilapan dan kelemahannya yang lalu.


DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)
18 Mac 2008

Monday, March 17, 2008

Menjernihkan Perubahan PAS - DAP

pas_utk_semua1.jpg

“Susah nak ceramah bab Negara Berkebajikan ni”, antara keluhan yang terdengar semasa kempen pilihanraya baru-baru ini.

Perubahan pendekatan yang ditunjukkan oleh PAS sepanjang tempoh kempen, merupakan suatu proses yang mencabar. Biar pun taklimat telah dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS kepada jenteranya semasa melancarkan manifesto tempoh hari, ada beberapa persoalan yang lebih mendasar, memerlukan kepada perincian.

Ada serba sedikit kesulitan yang timbul semasa tempoh kempen. Pendekatan-pendekatan baru diperlukan oleh penceramah PAS untuk menghuraikan konsep kebajikan, hasrat memimpin masyarakat majmuk Malaysia, apatah lagi dengan kehadiran pendengar ke ceramah PAS yang amat berwarna warni. Hadirin sudah tidak lagi berkopiah dan berserban, malah merentasi segala ragam manusia, termasuklah kaum Cina dan India, terutamanya di Lembah Kelang.

Keadaannya semacam tidak kena untuk bercakap tentang subjek biasa seperti UMNO itu fahaman Kebangsaan dan Sekular, apatah lagi untuk menyentuh tentang hudud dan Negara Islam. Penceramah dan jentera yang terbabit di dalam kempen senada, memfokuskan kepada isu-isu bersama seperti tekanan ekonomi, penyelewengan, rasuah dan politik wang, dan isu Pak Lah tidur!

Malah ada pula pesan memesan supaya jangan petik terlalu banyak ayat al-Quran semasa ceramah kempen, kerana mahu meraikan kepelbagaian hadirin dan menyatupadukan mesej pilihanraya.

Ada ustaz yang sampai merajuk dibuatnya.

KEBAJIKAN ISU ISLAM

Bagi saya, isu Negara Berkebajikan adalah isu yang sangat Islamik. Banyak ayat al-Quran dan Hadith Nabi SAW yang memperkatakannya, malah sokongan sejarah juga amat banyak. Saya tidak perlu mengurangkan petikan al-Quran atau Hadith semata-mata mahu meMalaysiakan bahasa kempen saya. Untuk saya, persoalan kebajikan rakyat dan ketelusan pemerintahan, adalah isu Negara Islam, urusan Islam dan saya memperkatakannya dengan merujuk kepada prinsip dan akhlak Islam.

Tetapi bagaimana pula penceramah yang lain?

Atau jika soalan itu boleh diperpanjangkan lagi… bagaimanakah persepsi keseluruhan ahli dan kepimpinan PAS terhadap perkembangan ini?

2301352920_b8b6d54758.jpg

STRATEGI, UBAH PRINSIP, ATAU SEMAKAN SEMULA?

“Nak sangat kuasa, sampai sanggup gadai prinsip!”, kata-kata begini terdengar di sana sini.

“Mana pergi Negara Islam PAS?”, soal seorang yang lain.

“Dulu bermusuhan, tetapi akhirnya jadi kawan”, kata Najib dalam kempennya tempoh hari, merujuk kepada perkembangan DAP dan PAS.

“Berpolitik tanpa prinsip!”, kias SS Mufti Perlis dalam kolumnya di Mingguan Malaysia. Perlis satu-satunya negeri yang berjaya mengekalkan pemerintahan BN di Wilayah Koridor Utara.

Perubahan yang berlaku kepada PAS merupakan persoalan yang membabitkan dua dimensi pemerhatian. Dari satu sudut, apakah sebenarnya yang berlaku kepada PAS dari kacamata PAS sendiri? Apakah ini sekadar strategi pilihanraya, atau PAS sudah letih dan hilang keyakinan kepada Negara Islam yang diperjuangkannya, atau pun PAS telah memberikan definisi baru kepada Negara Islam dan idea politik Islamnya?

Saya melihat persoalan ini belum terjawab secara sekata oleh PAS sendiri. Ketidak jelasan terhadap mekanisma yang menjana perubahan PAS dalam PRU12, menjadikan sulit untuk PAS menangkis permainan media yang cuba melakukan provokasi bahawa Kedah bakal menyaksikan terlaksananya Hudud!

Apabila hal-hal seperti ini timbul, tidak hairan jika DAP terus menerus sangsi dengan perubahan PAS. Apakah ia perubahan yang benar-benar suatu perubahan, atau pengalaman 1999 bakal berulang?

th_kitsiang.jpg

Di dalam temubual yang disiarkan di Detikdaily (Ahad 16 Mac 2008) , Lim Kit Siang menyebut:

“Jika diimbas sejarah hubungan DAP dan PAS, ia bermula selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kedua-dua parti bekerjasama atas objektif yang sama dengan melancarkan manifesto untuk menjadikan Malaysia negara yang adil, demokratik dan bersih. Dalam tempoh itu, isu negara Islam tidak menjadi hal kerana ia bukan objektif jalinan kerjasama antara semua parti pembangkang. Malangnya, selepas pilihan raya 1999, PAS yang memenangi 27 kerusi Parlimen bertindak agresif menekankan pelaksanaan negara Islam dan hukum hudud, menyebabkan DAP tidak tahan. Memandangkan DAP gagal mengubah PAS dan tiada sokongan parti lain, DAP keluar BA dan sejak itu, DAP dan PAS tiada hubungan kecuali melibatkan isu-isu semasa antaranya anti-ISA, bersih dan hak-hak manusia.”

Kegusaran ini dapat dielakkan jika PAS dapat mendokumentasikan perubahan yang dilakukannya dalam PRU12. Perubahan itu perlu dijernihkan, diperjelaskan agar tiada salah faham yang timbul, malah memberikan keuntungan kepada PAS untuk terus bergerak dengan pendekatan yang relevan dan semasa.

CHALLENGE AND RESPONSE

Challenge and response, adalah prinsip yang sering saya utarakan untuk membawa isu seperti ini kepada suatu konsep. Sebagaimana gerakan Islam muncul sebagai reaksi kepada tribulasi yang menimpa umat Islam, khususnya di era modernisasi pasca kejatuhan kuasa Islam terakhir di Turki pada tahu 1924, maka reaksi itu terus berkembang dari semasa ke semasa.

Politik Islam mestilah dilihat secara dinamik, dikaitkan dengan konteks yang berbeza-beza dari sebuah negara ke sebuah negara, dan dari satu masa ke satu masa. Politik Islam tidak boleh dipandangan secara monolitik seolah-olah setiap satu perkara hanya ada satu definisi dan tafsiran secara statik.

Hanya ada satu makna Negara Islam.

Hanya ada satu makna Sekularisma.

Hanya ada satu makna Demokrasi.

Hanya ada satu definisi PAS dan satu wajah DAP!


Selepas menganalisa tentang perkembangan yang berlaku kepada gerakan-gerakan Islam di Mesir, Algeria, Tunisia dan Turki, John L. Esposito di dalam bukunya, The Islamic Threat: Myth or Reality? membuat kesimpulan yang sama. Namun beliau telah mengenengahkan beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian oleh gerakan Islam, seperti PAS di Malaysia.

Katanya:

“… theoretical or ideological statements are often not accompanied by specific models for change. Islamic movements tend to be more specific about what they are against than what they are for. While all may speak of an Islamic order or state, of implementation of the Sharia, of a society grounded more firmly on Islamic values, the details are often vague. This has been true for older movements such as Egypt’s Muslim Brotherhood as well as for more recent groups. After the electoral victory of Algeria’s FIS (Islamic Salvation Front), when Abbas Madani was questioned about his program, he described it as broad. When pressed for its practical steps, he replied,”Our practical program is also broad”…” [muka surat 208]

Dalam erti kata yang lain, terdapat vakum pada agenda politik Islam yang menyulitkan masyarakat untuk membaca dan menafsir dengan betul terhadap apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik perubahan yang dijana.


foto

Di ruangan Surat Pembaca e-akhbar Malaysiakini bertarikh 14 Januari 2008, Norman Fernandez telah menimbulkan soalan yang sama. Beliau bertanya, “Benarkah PAS Sudah Ubah Matlamatnya?”.

Beliau mempertikaikan pandangan DSAI yang mengatakan bahawa PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam. Pandangan ini dikemukakan oleh DSAI sebagai reaksi kepada kenyataan Karpal Singh bahawa DAP akan hanya bekerjasama dengan PKR jika PKR menjauhkan dirinya dari PAS.

Tentu sahaja 3 bulan pertama 2008 telah menyaksikan banyak perubahan yang berlaku. Lim Kit Siang di dalam temuramah bersamanya yang disiarkan di Detikdaily (Ahad 16 Mac 2008) , beliau menyebut:

Segala-galanya berubah selepas 8 Mac setelah rakyat dari semua bangsa mahu perubahan. Apabila tidak ada satu parti yang betul-betul kuat untuk menubuhkan kerajaan, tiga parti pembangkang membentuk pakatan dan memaksa DAP menilai semula hubungan dengan PAS demi merubah keadaan di Perak dan Selangor.

Inilah yang perlu digarap oleh PAS. Peluang untuk mengemaskinikan agendanya, mengolah kembali ideanya tentang politik Islam, Negara Islam dan pendiriannya tentang cabaran sekularisma, demokrasi, hubungan antara kaum, dan hal-hal yang lebih pluralistik sifatnya.

Sudah tentu hal ini bukan merupakan sesuatu yang mudah. PAS terbentuk dari pada ideologue yang datang daripada latar belakang yang amat pelbagai. Sebahagiannya merupakan ilmuan yang datang dari kerangka Pengajian Islam manakala sebahagiannya pula adalah golongan profesional yang datang dari bidang sains, khususnya sains aplikasi seperti kejuruteraan, perubatan dan yang seumpama dengannya.

Di sinilah perlunya peranan besar golongan profesional khususnya saintis sosial yang berada di dalam PAS untuk memainkan peranan kerana saintis sosial di dalam sains politik, sejarah dan sosiologi bertugas untuk memperbaiki dan membetulkan teori.

Apakah kefahaman yang mendominasi kaderisasi PAS bahawa sekularisma itu hanya ada satu warna dan sentiasa bertentangan dengan agama, khususnya agama Islam? Hal ini perlu diperbaiki untuk proses bridging dan menyesuaikan perjuangan PAS dengan realiti semasa di Malaysia.

Misalnya Asghar Ali Engineer, seorang ilmuan dari India, pernah menulis sebuah kertas kerja bertajuk ISLAM AND SECULARISM. Beliau mencadangkan penafsiran yang lebih terbuka terhadap Islam dan Sekularisma untuk membuktikan bahawa banyaknya titik temu di antara Islam dan Sekularisma, dan bukannya sentiasa berlaga kepala sebagaimana yang disangkakan oleh kebanyakan pendokong PAS, juga DAP.


Katanya:

“Now, the important question is can Islam and secularism go together? We have already said above that religion and secularism can go together or not, depending on the interpretation of both religion as well as secularism. If religion is intepreted in keeping with very conservative traditions, it may be difficult for it to go along with secularism which demands more liberal disposition and not only tolerance but also promotion of pluralism. On the other hand, if secularism is interpreted too rigidly (i.e., if it is equated with atheism), as many rationalists do, then also the two (i.e., religion and secularism) will find it difficult to go together…” [petikan dari ISLAM IN TRANSITION: MUSLIM PERSPECTIVE oleh John. J. Donohue dan John L. Esposito]

Demi sebuah Malaysia yang lebih baik untuk seluruh rakyatnya, demi membuktikan secara praktikal bahawa Islam itu adalah rahmat kepada rakyat Malaysia, demi untuk membuktikan bahawa Malaysian Malaysia adalah formula yang adil untuk semua kaum di Malaysia, maka kedua belah pihak iaitu PAS dan DAP perlu sama-sama mengembangkan ideologi masing-masing dan hari ini adalah peluang terbaik apabila kita semua telah dibebaskan daripada kefahaman sempit Umno yang membelenggu pemikiran seluruh warga Malaysia selama ini.

Umnoisma (saya tidak berjumpa dengan perkataan yang lebih tepat kerana sejak sekian lama Umno sudah tidak lagi berjuang atas satu idea dan pemikiran kecuali self interest) sebagai sumbatan minda utama masyarakat kita sudah tercabut. Gunakan peluang kerjasama di Perak dan Selangor untuk membangunkan secara praktikal ideologi masing-masing.

PAS perlu menyemak semula perkara-perkara teras yang menjadi asas perjuangannya dan menterjemahkannya dalam bentuk wacana perkaderan untuk pendukungnya, juga kaum Muslimin di Malaysia. Manakala DAP pula perlu menyemak kembali apakah yang dimaksudkannya dengan sekularisma, Malaysian Malaysia serta menterjemahkan semakan itu kepada ahli-ahlinya juga kaum Cina dan India di Malaysia.

Politik tidak dapat berdiri tanpa pendidikan.

Sebelum rakyat boleh dididik agar lebih faham justeru matang dan bijaksana, PAS dan DAP perlu saling mendidik jentera dan penyokong mereka agar memulakan setiap kerja dengan al-Fahmu.

Saya optimis.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Umno bimbang kerajaan PAS Kedah tutup 'projek BN'

Oleh Tarmizi Mohd Jam www.klpos.com
Ahad, 16 Mac 2008

Umno Kedah mulai bimbang beberapa projek tajaan Bn sebelum ini akan ditutup oleh kerajaan baru Kedah yang dipimpin oleh PAS.

Mereka mahu, projek tersebut diteruskan demi untuk kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mahadzir Khalid berkata, Zon Industri Petroleum Yan dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara bermatlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah yang baru, Ustaz Azizan Abdul Razak dilapor berkata akan mengkaji semula projek itu dan akan meneruskannya sekiranya ianya menguntungkan dan tidak melanggar perundangan.

Apapun, langkah MB Kedah itu selaras dengan kehendak rakyat agar setiap projek yang dilaksanakan menguntungkan negeri dan tidak membebankan rakyat.


Friday, March 14, 2008

Tahniah buat ADUN-ADUN dari Parlimen Padang Serai

Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai (DPPKPS) mengucapkan sekalung tahniah kepada YB Ustazah Siti Aishah Ghazali, ADUN Merbau Pulas dan YB Encik Mohd Radzhi Salleh, ADUN Lunas di atas pelantikan sebagai anggota exco Kerajaan Negeri Kedah yang baru setelah dipilih dalam Pilihanraya Umum kali yang ke-12 baru-baru ini. DPPKPS mengharapkan dengan pelantikan ini dapat memberi sinar baru buat rakyat negeri Kedah khususnya bagi penduduk Kedah Selatan yang mendominasi kerusi exco kerajaan negeri bagi sesi ini. Gelombang kebangkitan rakyat di Kedah Selatan adalah diharapkan tidak disia-siakan oleh pentadbiran baru Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh Barisan Rakyat. Perhatian yang sewajarnya pihak pentadbiran negeri dalam menyeimbangkan arus pembangunan negeri mestilah dititikberatkan tanpa mengetepikan kawasan pinggiran bandar. Pembangunan kerohanian mestilah diberi perhatian utama oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan kedamaian dan ketenangan jiwa rakyat.

DPPKPS juga turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kedua-dua Pengarah dan seluruh jentera Majlis Tindakan DUN (MTD) N33 Merbau Pulas dan N34 Lunas di atas kejayaan yang dikecapi dalam pilihanraya pada kali ini. Moga-moga kejayaan bersama ini dapat dikekalkan dan usaha mempertahankan kemenangan kita giatkan bermula dari hari ini.

Seeru 'ala Barakatillah

Kedah Sejahtera: Nikmat Untuk Semua

Saifol Nizam Noordin
Ketua Penerangan
DPP Padang Serai

Wednesday, March 05, 2008

SELAMATKAH KITA???


Bonus untuk kakitangan awam jika BA menang - Husam

Abdul Halim Mohd Rashid www.harakahdaily.net
Tue | Mar 04, 08 | 6:37:30 pm MYT

KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Kira-kira 850,000 kakitangan awam yang berpendapatan rendah dan sederhana akan diberikan bonus ihsan jika pakatan Barisan Alternatif (BA) memenangi pilihan raya umum kali ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa.

Ketika ditanya mengenai pengumuman beliau mengenai perkara itu dalam ceramahnya di Machang semalam, beliau berkata, PAS akan memastikan pemberian bonus itu jika pakatan BA memenangi pilihan raya kali ini.

"Kira-kira 850,000 kakitangan awam adalah antara yang paling terbeban dengan kenaikan kos hidup sekarang.

"Hari ini, harga runcit ayam pula naik 35 sen sekilogram menjadikannya RM5.50 sekilogram berbanding RM5.15 sebelum ini. Semalam, dalam ceramah di Machang, saya telah memberitahu bahawa harga insuran motosikal 50 cc naik dari RM50 kepada RM115. Ini semua menambahkan lagi tekanan dan bebanan ke atas rakyat," katanya.

Beliau berkata, kenaikan demi kenaikan harga semakin membuktikan kerajaan bukan sahaja enggan mengurangkan harga minyak, sekurang-kurangnya 30 sen setiap liter bagi membantu menangani tekanan inflasi, malah tidak mempunyai kebijakan sama sekali untuk membantu meringankan bebanan rakyat.

"Malah, kegagalan memberikan bonus kepada kakitangan berpendapatan rendah dan sederhana berpunca dari pembaziran kerajaan dan pengurusan perbelanjaan yang tidak berhemah," katanya.