Monday, March 17, 2008

Umno bimbang kerajaan PAS Kedah tutup 'projek BN'

Oleh Tarmizi Mohd Jam www.klpos.com
Ahad, 16 Mac 2008

Umno Kedah mulai bimbang beberapa projek tajaan Bn sebelum ini akan ditutup oleh kerajaan baru Kedah yang dipimpin oleh PAS.

Mereka mahu, projek tersebut diteruskan demi untuk kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mahadzir Khalid berkata, Zon Industri Petroleum Yan dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara bermatlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah yang baru, Ustaz Azizan Abdul Razak dilapor berkata akan mengkaji semula projek itu dan akan meneruskannya sekiranya ianya menguntungkan dan tidak melanggar perundangan.

Apapun, langkah MB Kedah itu selaras dengan kehendak rakyat agar setiap projek yang dilaksanakan menguntungkan negeri dan tidak membebankan rakyat.


No comments:

Post a Comment