Thursday, February 22, 2007

CERAMAH BOIKOT PILIHANRAYA

bersama

YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Pemuda PAS Pusat

USTAZ MOHD NAZRI DIN
Ketua Pemuda PAS Kawasan Larut

Pada : 27/2/2007
Hari : Selasa
Jam : 9.00 malam
Tempat : Markaz PAS Kg Padang Limau, KARANGAN.

Semua dijemput hadir.

Wednesday, February 21, 2007

Tahniah Nisa' Padang Serai! Tahniah Kerajaan PAS Negeri Kelantan!!

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nisa' Padang Serai di atas keterlibatan dalam Nisa' Games di Kota Bharu baru-baru ini. Terutamanya kepada tenaga penggerak PASTI Padang Serai yang turut sama menyertai kontinjen Nisa Padang Serai dalam sukan tersebut!!

Berikut sedikit coretan dari salah seorang kontinjen Nisa' Padang Serai yang terlibat, sekaligus membuktikan bahawa penganjuran sukan sebegini tidak pernah dihalang di dalam Islam, bahkan ia suatu bukti nyata Islam amat terbuka dalam isu-isu yang melibatkan sukan, kebudayaan dan sebagainya. ALLAHU AKBAR!!

"Assalamualaikum


sesungguhnya pengalaman menjadi atlet Sukan Wanita Malaysia yang julung2 kali diadakan merupakan pengalaman yang tak akan ana lupakan sampai bila2...

walaupun team netball kedah
yg keseluruhannya diwakili puteri2 nisa' Padang Serai berusia semuda 15 hingga 31 tahun sekadar menjadi johan kumpulan C menentang negeri sembilan&pahang, kami sangat gembira&bersyukur dengan lambakan ilmu&pengalaman yang kami bawa pulang ke negeri masing2...
bercerita tentang team netball kedah,kami hanya berkesempatan mara ke suku akhir & tewas di game terakhir bagi merebut tempat ke-tiga setelah GS (goal shutter) kami pengsan beberapa minit selepas separuh masa pertama bermula (kena tolak...jatuh kepala dulu baru badan...)..sayangnya kami yg kurang berpengalaman ni tak sempat nak re-arrange posisi kemas2...hanya di separuh masa ke-2, kami sempat kejar 3 goal,tapi dah terlambat...kalau tak, naik pentas kami nisa' padang serai mlm penutup tu... wink

apapun seperti yang kak mas pengarah nisa' malaysia berkali2 tekankan,menang-kalah di dalam Games Nisa' ni bukanlah matlamat ..ianya sekadar bonus kerana ada nilai yang jauh lebih berharga daripada pingat yang dikalungkan ke leher atlet2 yang berjaya...(sungguh. ini bukan ayat orang kalah...wink )
walaupun pulang dengan muka&tangan yang sun-burn tanpa sebarang pingat, tanpa dirancang2 kontinjen kedah menjadi perhatian apabila dua orang ibu muda yg juga merupakan pemain bola jaring dr padang serai membawa anak yg masih kecil (5 bulan & 1tahun) masuk dlm perbarisan kontinjen2 di malam pembukaan & sepanjang kejohanan berlangsung.insyaALLAH,semoga ALLAH memberkati pengorbanan ibu2 muda ini & suami2 mereka yang berlapang dada memberi keizinan.TAHNIAH cikgu suraya (pasti sg badak), cikgu samaria (pasti pdg serai) & suami masing2..

&alhamduliLLAH...sepanjang berada di dlaam kejohanan ini,ana merasakan seolah-oalah ana berada di satu medan dakwah yang ana tak pernah berada di dalamnya...kami berkumpul dalam satu suasana dakwah yang santai namun berbekas di hati...tak kira latar belakang..baik puteri UMNO,yang free-hair,yang bertudung labuh,yang tomboy (kaw2 punya tomboy!), kami diberi ruang&peluang utk bersukan & meranjut ukhuwwah dalam satu gelanggang yang sangat selesa dan bebas utk kami sebagai wanita..



memang tak cukup nak tulis semua...apapun,semoga NISA' GAMES 2007 ini menjadi titik tolak untuk kita semua membentuk akhlak&peribadi mulia wanita sejati tanpa mengenepikan hak, keinginan serta fitrah wanita iu sendiri, wanita alaf baru khasnya...&secara peribadi,jauh di lubuk hati ana ianya merupakan satu motivasi terindah utk menghidupkan nisa' di kawasan sendiri.

& tak dilupakan...antara saat paling menguja... kehadiran CIK RUQAYA AL-GHASARA
pastinya memberikan semangat kepada kami yg jelas teruja melihat kehadirannya di hadapan mata kami..MASYA ALLAH... cantik dia ni...(yg kat dalam suatkhabar tu tak cantik..she's not photogenic...'buruk khabar dari rupa') Cik ruqaya yang masih di tahun dua jurusan perniagaan di Universiti Terbuka Arab, Bahrain merupakan seorang yang murah dengan senyuman&sangat optimis dengan perjuangan sukan&fikrah wanita Islam yang digabungkan menjadi satu ramuan yang terlalu indah untuk diperjuangkan.

Cik Ruqaya memohon agar kita semua mendoakan kejayaan beliau setiap kali selepas solat bagi kejohanan dunia di osaka tahun hadapan...SAMA-SAMA KITA DOAKAN..

sekali lagi, TAHNIAH kepada NISA' MALAYSIA, KERAJAAN NEGERI KELANTAN & SEMUA ATLET2...kita jumpa lagi di Nisa' Games akan datang insyaALLAH....

salam harmoni..."

Majlis Pelancaran Dana Dewan Dr Burhanuddin Al-Helmy : 1 Safar 1428 satu kejayaan!!

Batu Putih, Isnin - Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Dewan Dr Burhanuddin Al-Helmy telah dilangsungkan dengan jayanya pada 19 Februari 2007 yang lalu di tapak tanah waqaf di Kg Batu Putih, Kulim. Segala persiapan dan persediaan yang dijalankan hanya kira-kira sebulan yang lalu telah membuahkan hasil yang walaupun tidak 100% tercapai, namun cukup untuk mewar-warkan kepada masyarakat umum tentang usaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai (DPPKPS) untuk memajukan tanah waqaf tersebut sehingga terdirinya sebuah bangunan dewan serbaguna di situ kelak.

Walaupun perancangan asal adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat bersama Tuan Haji Mohd Sabu, Naib Presiden PAS dalam majlis tersebut, namun pihak penganjur dimaklumkan beberapa malam sebelum program tersebut bahawa Tuan Haji Mohd Sabu tidak dapat bersama majlis tersebut. Ini kerana beliau telah diarahkan oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS untuk menghadiri satu program mahasiswa di United Kingdom. Namun penganjur tetap tidak berputus asa dan berusaha mencari pengganti agar tidak mengecewakan orang ramai dan pada saat akhir sebegitu, penganjur akhirnya berjaya mendapatkan Tuan Haji Yusof Husin, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah sebagai pengganti.

Persiapan tempat untuk majlis jamuan makan malam dan pelancaran dana tersebut berjalan dengan lancar walaupun hujan turun seketika menjelang waktu maghrib sehingga isya'. Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam dan diteruskan dengan solat Isya' berjemaah di atas tapak dewan tersebut. Usai solat berjemaah, majlis ceramah bermula dengan beberapa ucapan pimpinan Pemuda dan Kawasan Padang Serai.

Walaupun dengan berat penganjur mengumumkan ketidak hadiran Tuan Haji Mohd Sabu kepada orang ramai yang hadir untuk mendengar amanat pimpinan, namun majlis diteruskan juga. Dan orang ramai yang hadir tampak khusyu' tidak berganjak mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Yusof Husin. Tuan Haji Yusof juga telah melancarkan dana Dewan Dr Burhanuddin Al-Helmy sebelum beliau memulakan ceramahnya.

Majlis berjalan dengan baik sehingga tamat dan matlamat pelancaran dana juga berhasil dengan sumbangan daripada orang ramai yang memungkinkan untuk kerja-kerja awal pembinaan dewan tersebut diteruskan. Mudah-mudahan gerak kerja Lajnah Bangunan DPPKPS akan berjalan lancar dan seterusnya berhasil mencapai matlamat akhir, Insya-Allah

Monday, February 12, 2007

Mangsa kebakaran di Merbau Pulas

Merbau Pulas - Musnah! Tiada apa yang tinggal. Itulah yang dapat digambarkan apabila kami beberapa AJK DPPKPS serta Ketua DPPKPS sendiri menziarahi sebuah keluarga yang telah kehilangan segala harta benda mereka apabila rumah yang mereka diami selama ini musnah dijilat api. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat 9 Februari 2007 lepas bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada ahli keluarga terbabit.

Rombongan kami berkesempatan melihat rumah yang musnah tersebut dan kemudiannya menziarahi mangsa yang ditempatkan buat sementara di sebuah dewan di surau kampung terbabit. Ternyata musibah yang melanda ibu kepada 5 orang anak ini cukup hebat. Seorang daripada anaknya pula demam disebabkan masih terkejut dengan kejadian tersebut yang berlaku di hadapan matanya. Namun sokongan jiran-jiran sekampung dan juga besan kepada ibu ini mampu sekurang-kurangnya mengubat keresahan dan kesedihan yang beliau sekeluarga alami.

Kami di pihak DPPKPS hanya mampu menyampaikan sedikit sumbangan pada kadar yang kami mampu tatkala mendapat berita musibah ini. Insya-Allah kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan, bolehlah berhubung dengan Ketua Lajnah Kebajikan DPPKPS, Saudara Asmady di 019-4215129.

Moga-moga Allah musibah seperti ini bukan saja untuk mengingatkan mereka yang dilanda ujian tersebut, tetapi juga untuk kita yang melihat agar sentiasa beringat dan sentiasa mentaati perintah Allah...