Monday, February 12, 2007

Mangsa kebakaran di Merbau Pulas

Merbau Pulas - Musnah! Tiada apa yang tinggal. Itulah yang dapat digambarkan apabila kami beberapa AJK DPPKPS serta Ketua DPPKPS sendiri menziarahi sebuah keluarga yang telah kehilangan segala harta benda mereka apabila rumah yang mereka diami selama ini musnah dijilat api. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat 9 Februari 2007 lepas bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada ahli keluarga terbabit.

Rombongan kami berkesempatan melihat rumah yang musnah tersebut dan kemudiannya menziarahi mangsa yang ditempatkan buat sementara di sebuah dewan di surau kampung terbabit. Ternyata musibah yang melanda ibu kepada 5 orang anak ini cukup hebat. Seorang daripada anaknya pula demam disebabkan masih terkejut dengan kejadian tersebut yang berlaku di hadapan matanya. Namun sokongan jiran-jiran sekampung dan juga besan kepada ibu ini mampu sekurang-kurangnya mengubat keresahan dan kesedihan yang beliau sekeluarga alami.

Kami di pihak DPPKPS hanya mampu menyampaikan sedikit sumbangan pada kadar yang kami mampu tatkala mendapat berita musibah ini. Insya-Allah kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan, bolehlah berhubung dengan Ketua Lajnah Kebajikan DPPKPS, Saudara Asmady di 019-4215129.

Moga-moga Allah musibah seperti ini bukan saja untuk mengingatkan mereka yang dilanda ujian tersebut, tetapi juga untuk kita yang melihat agar sentiasa beringat dan sentiasa mentaati perintah Allah...

No comments:

Post a Comment