Mungkin pihak penguasa penjara dan banduan-banduan jahat lain (yang memang mahu terus berada dalam penjara – kerana suka makan tanggung berak tong) nampak sedikit lunak kepada kita. Oleh itu mungkin kita semua akan terjebak dengan kelunakkan tersebut dengan meninggalkan matlamat sebenar kita iaitu bebas dari penjara dengan apa cara sekali pun.
Demi mengambil hati penguasa penjara setelah dibenar menubuh persatuan banduan, mungkin kita sudah memberhentikan kerja menebuk lubang di dinding penjara.
Demi mengambil hati banduan-banduan jahat yang lain setelah berjaya menubuh persatuan banduan, mungkin kita sudah tidak minat lagi menghasut mereka secara terang-terang bahawa akan kepentingan keluar dari penjara dan membina hidup sendiri.
Harus kita ingat bahawa kedua-dua pilihan tolak ansur jangka pendek di atas yang kita pilih walaupun kadang-kadang untuk sementara waktu sahaja, tetapi akhirnya ia akan menjadi pilihan yang menyeronokkan.
Tolak ansur jangka pendek itu kemudiannya akan menjadi kukuh dan memupuk ketetapan jangka panjang. Apabila berakar umbi sebagai suatu kelaziman dalam tindakan sebuah sistem politik, ia akan sukar diubah lagi.
Oleh itu wahai pemuda,
Nafas Islam mesti didenyutkan dalam setiap gerakkan dan tindakan kita demi membebaskannya dari penjara kegelapan.
Kugantungkan harapan kepada mu pemuda dan pemudi untuk berfikir dan bertindak memecahkan tembok penjara kegelapan antaranya seperti berikut:
- Mantapkan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kita dokongi ini, elakkan persengketaan tetapi subur perbezaan pendapat untuk mencari yang terbaik.
- Suburkan budaya 'amal jama'ie (kerja berpasukan) di setiap kawasan dan cawangan.
- Isikan kemenangan separa ini dengan Islam yang kita perjuangan kepada seluruh rakyat jelata samada yang Islam ataupun yang Kafir. Jelaskan secara lebih terang kepada mereka kebaikan bernaung di bawah sistem pemerintahan Islam tanpa rasa teragak-agak lagi.
- Kepada pemuda dan pemudi yang memegang amanah parti peringkat negeri berfikir dan merancanglah bagaimana mengunakan kesempatan yang ada untuk memancarkan aura Islam dalam setiap sendi jentera kerajaan secara langsung dan tidak langsung.
- Kepada semua yang terlibat sebagai kepimpinan negara, negeri, kawasan, MTD, UPU dan cawangan janganlah berebut ghanimah demokrasi sehingga terlupa matlamat perjuangan asal kita yang cukup jelas iaitu melaksanakan Fasal 5 Perlembagaan PAS.
- Tentukan capaian bertahap yang ingin kita capai demi Islam, seperti tahap jangka pendek iaitu 100 hari pertama pemerintahan, tahap jangka sederhana setahun sehingga dua tahun pemerintahan, tahap jangka panjang 5 tahun pemerintahan.
- Tentukan apakah peranan jihad dan syahid selepas memperolehi kemenangan separa, jangalah setelah beroleh sedikit kuasa tiba-tiba pemuda dan pemudiku menjadi semkin bacul dan malu-malu untuk mempamerkan aura Islam.
- Gunakan peluang ini menjadi agen mentarbiyyahan masyarakat kepada Islam yang syumul, jangan tanya siapa perlu buat, tanyalah dirimu apa yang telah engkau buat untuk Islam.
- Kepada pemuda dan pemudiku yang diberikan kesempatan mencurah bakti di dalam kerajaan dan anak-anak syarikatnya bimbinglah pegawai kerajaan dengan penuh kasih sayang untuk kembali menghayati keindahan akhlak Islam.
Ya Allah bimbinglah diriku dan pemuda-pemudi Islam yang merindui tertegaknya kembali sistem Islam di atas muka bumiMu ini.
sumber - http://arisawang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment