Tuesday, February 08, 2011
Friday, January 14, 2011
Thursday, September 23, 2010
FORUM TERBUKA: PENGHAPUSAN SUBSIDI BAIK UNTUK RAKYAT?
Tarikh : 24/09/10 (Jumaat).
Tempat : Hotel Seri Malaysia Alor Setar (bersebelahan Stadium Darul Aman).
Panel :
1) YB Dato' Hj. Mahfuz bin Omar (PAS).
2) YBhg Dato' Paul Selva Raj (FOMCA).
3) En Wan Saiful Wan Jan (IDEAS).
4) wakil UMNO.
Forum membincangkan langkah kerajaan menarik balik subsidi dan kesan kepada rakyat.
Semua dijemput hadir.
Wednesday, September 01, 2010
Kempen Online Tandatangan Membantah Saman Ekor
http://www.petitiononline.com/saman/petition.html
Monday, July 26, 2010
Dah bersedia Pakatan Rakyat?
Sumber : Di"copy-paste" dari laman FreezoneTerengganu dengan sedikit pengeditan.
Wednesday, June 09, 2010
BRAINSTORMING DAN BENGKEL STRATEGIK JABATAN AMAL KEDAH
Tuesday, May 18, 2010
Pemuda PAS : Tanpa Ejen Pengundian Pos, Sibu Milik BN ?

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata Ejen pengundian pos khususnya daripada semenanjung telah banyak menggangu kerja-kerja pembukaan & pengiraan undi pos. Suka saya jelaskan di sini, kami petugas PR menjadi ejen pengundian pos yang ditugaskan untuk membantah sebarang manipulasi undi pos. Saya dilantik oleh calon yang sah untuk membantah mana-mana kertas undi yang mencurigakan.
Jika kami tidak menjaga proses-proses dalam undi pos maka :
a. Ejen pengundian pos tidak dapat mengawal kemasukkan 190 undi yang berkemungkinan telah dijual kepada pihak luar.
b. Ejen pengundian pos tidak dapat membantah 208 undi yang mencurigakan.
c. Ejen pengundian pos tidak dapat mengawal pendaftaran petugas SPR menjadi pengundi pos secara berleluasa. Jumlah petugas SPR 290. Walaupun dikawal tetapi masih terdapat seorang petugas SPR yang tidak sah bernama Justin Leo B. Lewis 540131-13-5063. Saya yakin jika ejen pengundian pos tiada maka angka petugas SPR yang didaftarkan mungkin meningkat. Mungkin menjadi 400 orang.
Oleh itu mari kita jumlahkan :
a. Halang kemasukkan undi petugas SPR yang mencurigakan : 190
b. Bantahan terhadap kertas undi mencurigakan : 208
c. Kemungkinan tambahan petugas SPR : 110
Jumlah 508
Jika 82 % menyokong BN maka BN akan mendapat tambahan 416 undi. BN akan memenangi PRK Sibu dengan mejoriti 416-398 = 18 undi.
Mungkinkah tanpa ejen pengundian pos Sibu akan jadi milik BN ? Jawaplah rakyat Malaysia.
Suhaizan Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat
Sumber : http://kentong-suhaizan.blogspot.com
Monday, March 01, 2010
Lawatan DPPKPS ke rumah buluh
Ketua DPPKPS, Saudara Abu Tolib Yahaya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah sudi memberi bantuan sama ada berbentuk kewangan, tenaga dan masa bagi membantu menyiapkan rumah yang sebelum ini diperbuat daripada buluh, sekarang ini keluarga tersebut dapat menginap rumah baru mereka dalam keadaan yang lebih selesa.
Pemilik rumah, Pn. Hasnah Bt. Cik Din juga merasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada DPPKPS dan YB. Ustazah Siti Aisyah Ghazali, ADUN Merbau Pulas kerana telah membuka jalan kepada pihak-pihak tertentu menyalurkan bantuan ini dengan melakukan lawatan ke rumah yang diperbuat daripada buluh sebelum ini.
Saudara Abu Tolib bergambar bersama Ketua MKK dan Puan Hasnah Sekeluarga
Friday, January 22, 2010
Monday, January 11, 2010
Hukum Sertai Facebook
Facebook merupakan satu fenomena yang baru wujud di dalam dunia ICT masa kini. Terdapat pelbagai pihak mengutarakan kebaikan dan keburukan facebook, antaranya termasuklah berkaitan hukum-hakam penggunaan facebook. Justeru, di sini disertakan pendapat salah seorang tokoh agama di negara kita berkaitan dengan hukum penggunaan facebook pada kaca mata Islam. Di harap para sahabat pemuda jelas dan faham dengan hukum berkaitan Facebook dan mengambil kesempatan ini untuk manfaat dan kepentingan Islam.
***********************************************************************************
SAYA ditanya soalan: "Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?"Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog.
Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:
1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda." ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).
2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?
3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: "Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap," maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.
Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.
4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had.
KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:
1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.
2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.
3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:
a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.
d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.
g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.
Ustaz Zaharudddin bin Abdul Rahman


