Monday, March 01, 2010

Lawatan DPPKPS ke rumah buluh

Alhamdulillah, berkat usaha Lajnah Kebajikan, DPPKPS telah berjaya membawa perubahan dengan mendorong pihak tertentu untuk menyiapkan sebuah rumah daripada sebuah rumah buluh sebelum ini kepada sebuah rumah batu sekarang ini.


Ketua DPPKPS, Saudara Abu Tolib Yahaya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang telah sudi memberi bantuan sama ada berbentuk kewangan, tenaga dan masa bagi membantu menyiapkan rumah yang sebelum ini diperbuat daripada buluh, sekarang ini keluarga tersebut dapat menginap rumah baru mereka dalam keadaan yang lebih selesa.



Pemilik rumah, Pn. Hasnah Bt. Cik Din juga merasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada DPPKPS dan YB. Ustazah Siti Aisyah Ghazali, ADUN Merbau Pulas kerana telah membuka jalan kepada pihak-pihak tertentu menyalurkan bantuan ini dengan melakukan lawatan ke rumah yang diperbuat daripada buluh sebelum ini.



Saudara Abu Tolib bergambar bersama Ketua MKK dan Puan Hasnah Sekeluarga



No comments:

Post a Comment