Thursday, September 05, 2013

Foto-foto sepanjang Hari Alam Ria PASTI & Jamuan Aidilfitri PASTI Kawasan Padang Serai.


Program Alam Ria ( Uji Bakat ) PASTI peringkat Kawasan Padang Serai telah di adakan pada 01 September 2013, bertempat di PASTI Islahiah Kelang Lama, Kampung Sg. Badak. 8 buah PASTI Cawangan telah menyertai uji bakat pada kali ini. Program bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Selepas penyampaian hadiah kepada para peserta, tetamu di jemput serta dihidangkan dengan jamuan hari raya. Memandangkan masih berada di bulan Syawal, maka PASTI Kawasan mengambil kesempatan kali ini untuk mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama-sama program yang dianjurkan, majlis 2 dalam 1.



Mantan, ucapan terakhir sebagai Pengerusi PASTI Kawasan Padang Serai. Banyak jasa beliau sepanjang menerajui PASTI dan juga selaku penerangan PAS Kawasan Padang Serai ini. 

Demi masa depan keluarga  & kerjaya, beliau  akan berpindah ke Lumut, Perak. Semoga mudah-mudahan beliau maju jaya & menjadi permata yang bersinar dalam segala bidang walau dimana jua beliau berada.
Yahya Abdullah ( Pak Ya ) Selaku Pengerusi PASTI Kawasan yang baharu  sedang memberikan ucapan sulong selepas pengambil alihan tugas daripada saudara Ahmad Rizal.

Para waris yang datang menyaksikan persembahan anak masing-masing.


PASTI Al-Kauthar juga mempamerkan persembahan yang hebat.
Peserta tunggal, Qalam Jamai'e juga daripada PASTI Al-Kauthar (Menang tanpa bertanding).
Majlis 2 dalam 1.....selepas persembahan pelajar-pelajar PASTI yang mengambil bahagian, para tetamu turut dihidangkan dengan jamuan aidilfitri PASTI Kawasan.
Persiapan untuk Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri 




Para juri pertandingan




Hadiah-hadiah untuk para peserta.



PASTI AL-Muaz yang telah memenangi  tempat Pertama pada temasya Alam Ria kali ini, diikuti oleh PASTI Al-Kauthar    ( tempat kedua) dan PASTI Al-Falah ( tempat ketiga)



PASTI yang telah berjaya mendapat tempat pertama pada Hari Alam Ria ini akan mewakili PASTI Kawasan Padang Serai untuk pertandingan peringkat Negeri Kedah di Alor Setar yang akan diadakan pada 7-9-2013 ( Sabtu ).

No comments:

Post a Comment