Sunday, August 18, 2013

Saf Kepimpinan DPPKPS 2013 - 2015.


Pentadbiran DPPKPS bagi sesi 2013-2015 telah berjaya dibentuk pada 17 Ogos 2013 (Sabtu) bersamaan 10 Syawal 1434 H melalui Mesyuarat Agong Tahunan (MAT) DPPKPS kali yang ke-30. Bertempat di PASTI Al-Amin Kg. Sg. Limau Lunas, Kulim Kedah.
Pemilihan Ketua Pemuda ibarat bagaikan sireh pulang ke gagang dengan perlantikan semula Ustaz Abu Tolib Yahaya. Beliau dibantu oleh dua orang sahabat iaitu Ustaz Mohd Khairi B. Mat Lazim (Timbalan Ketua Pemuda) dan Azizul Fitri B. Damiri (Naib Ketua Pemuda) serta Lapan Ahli Jawatankuasa Kerja yang dipersetujui telah dilantik dalam MAT kali ke-30 ini.  Gabungan muka baru dan lama dalam kepimpinan baharu ini diharapkan semoga DPPKPS pada sesi ini dapat merealisasikan idea-idea serta aktiviti-aktiviti yang lebih segar seiring dengan perkembangan dan peredaran masa. Ribuan tahniah diucapkan kepada mereka kerana sanggup memikul amanah yang dipertanggungjawabkan demi memastikan PEMUDA PAS Kawasan Padang Serai terus maju dan ISLAM dapat di DAULATkan.

1 comment:

  1. Anonymous1:43 AM

    Tahniah saf pimpinan Pemuda Pas Kawasan Padang Serai sesi 13/15.

    ReplyDelete