Ketika sahabat saya tahu saya menyokong PR, mereka menuduh pada saya bahawa saya tidak tahu berterima kasih pada pemimpin yang telah memajukan negara.
Saya tidak mahu bercerita tentang hakikat kehidupan yang mana yang menentukan segalanya adalah Allah SWT. Saya mahu berbicara tentang kehidupan sesama manusia.
Saya dan saya yakin sahabat yang menyokong PR SENTIASA berterima kasih kepada pimpinan yang memajukan negara. Dengan kata lain jika ingin dispesifikasikan, saya berterima kasih kepada SEMUA KEBAIKAN pemimpin BN serta pemimpin yang lain asalkan mereka melakukan kebaikan bersama.
YANG BAIK TETAP BAIK. Zalim dan tidak bersyukur namanya kalau YANG BAIK dikatakan TIDAK BAIK dan YANG TIDAK BAIK dikatakan BAIK.
Namun pemimpin BN yang ada sekarang ini perlu diperbetulkan. Sudah banyak bukti yang perlu dibicarakan ke atas kesalahan mereka. Mereka BELUM 100% dikatakan salah namun PERLU DIBICARAKAN agar mengetahui samaada bukti yang banyak itu mampu menyabitkan mereka sebagai pesalah atau tidak.
Membiarkan mereka terus berkuasa menjadikan diri kita orang yang zalim. Dengan penindasan, salah guna wang negara, rasuah, menolak dengan jelas hukum hakam Islam dan pelbagai salah laku yang jelas namun belum dibuktikan secara undang-undang dunia (kerana tidak dibicarakan) merupakan sebuah kezaliman kepada rakyat. Apatah lagi jika jelas 100% bersalah.
Dan kita yang memilih mereka sebenarnya menzalimi diri kita sendiri dengan membiarkan diri kita dipergunakan, ditindas dan sebagainya. APATAH LAGI PEMILIHAN KITA INI TURUT DITERIMA KESANNYA OLEH ANAK-ANAK KITA sedangkan mereka tidak mengerti apa-apa tentang kepimpinan negara.
APAKAH SAUDARA SANGGUP DIANGGAP SEBAGAI IBU BAPA YANG ZALIM KEPADA ANAK-ANAK hanya dengan membiarkan kezaliman berterusan?
Tidakkah kita selalu membaca doa Nabi Yunus?
"Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin".
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.
Ketika kita membiarkan diri kita diperintahkan oleh pemerintah yang zalim, maka sebenarnya diri kita yang menzalimi diri kita sendiri sedangkan kita mempunyai kuasa untuk mengubah pemerintah yang ada melalui pilihanraya.
Untuk menyokong PR, kita tidak pasti sejauh mana kebaikan yang mereka ada. Namun yang pasti rekod yang mereka ada di dalam memerintah beberapa negeri telah sedikit sebanyak meyakinkan kita bahawa mereka boleh memerintah dengan baik.
Kita sepatutnya menjadi orang yang berakal di mana KEBAIKAN pemimpin masa lalu TIDAK HARUS dijadikan sandaran untuk memilih PEMIMPIN YANG ADA MASA KINI. Mereka MANUSIA YANG BERBEZA.
Kita harus memilih PEMIMPIN MASA KINI mengikut keadaan mereka MASA KINI. Jika dulu DAP dikatakan (saya tidak pasti, kerana itu menggunakan perkataan "dikatakan") penyebab kepada rusuhan kaum, tetapi itu PEMIMPIN MEREKA MASA ITU. Bukan PEMIMPIN MASA KINI.
Menyatakan PEMIMPIN dari parti itu SAMA SAHAJA dulu dan sekarang, IA SATU YANG ZALIM.
Manusia itu tidak sama. Pemimpin BN dahulu mungkin tidak ada masalah atau buruk laku seperti hari ini. Lalu TIDAK CERDIK seandainya kita menggunakan alasan dengan PEMIMPIN DAHULU yang baik lalu kita memilih PEMIMPIN SEKARANG YANG BURUK LAKU.
Kita juga TIDAK CERDIK seandainya mengekalkan mereka terus berkuasa atas alasan KEBAIKAN YANG PERNAH mereka lakukan SEDANGKAN dalam masa yang sama MEREKA JUGA MEMPUNYAI REKOD SALAH GUNA KUASA YANG BESAR.
Malaysia ini hak kita bersama. Memilih pemimpin bermakna memilih mereka yang menguruskan hak kita bersama. Seandainya mereka yang menguruskan hak kita ini mempunyai masalah dengan pelbagai keburukan, maka tidak salah kita menggantikan dengan pengurusan yang baru.
Tidaklah dikatakan kita ini tidak bersyukur kerana menukar pengurusan hak kita yang baru demi untuk kebaikan semua orang. Tidak pula dikatakan kita ini tidak berterima kasih kepada pengurusan yang kini banyak keburukan lebih dari kebaikan itu.
Setiap KEBAIKAN TETAP DIHARGAI. Namun setiap KEBURUKAN TETAP AKAN DITEGAH DAN DIPERANGI.
BAIK TETAP BAIK. TIDAK BAIK TETAP TIDAK BAIK.
Namun JANGAN SAMPAI SESUATU YANG TIDAK BAIK ITU dikatakan BAIK disebabkan KEBAIKAN YANG PERNAH DILAKUKAN SEBELUM INI.
Semoga kita dimasukkan oleh Allah dalam golongan yang berakal dan tidak menzalimi diri kita sendiri.
Petikan daripada Fuad Latip
23 April 2013
No comments:
Post a Comment