Nama pesakit ialah Hj. Mohamad Nasir B. Putih @ dikenali sebagai Hj. Abbas, tinggal di Taman Selasih. Berumur 67 tahun dan mengalami kanser Prostat (saluran pundi kencing dipotong). Sumbangan berupa pampers pakai buang dan kewangan daripada Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Serai (DPPKPS) melalui lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan telah disampaikan oleh Ketua Pemuda DPPKPS, iaitu saudara Abu Tolib Yahya.
Anak perempuan En. Fauzi Husin (anaknya tiada dalam foto, cuma bapanya...wakil) yang bernama Nuranissha Fauzi berumur 10 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Dik telah memasuki ICU Hospital Pulau Pinang di sebabkan sakit buah pinggang. DPPKPS melalui lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa kewangan kepada keluarga En. Fauzi Husin. Kepada dermawan yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi terus En. Fauzi Husin sendiri di talian 013-4575302 atau menyalurkan bantuan ke akaun beliau MAYBANK 107116641432. Foto di atas menunjukkan En. Fauzi menerima kunjungan Ketua Pemuda DPPKPS, Abu Tolib Yahya yang mewakili Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DPPKPS.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkara di atas, sahabat2-sahabat sila berhubung terus dgn sdr Jusri Nayan selaku Ketua Lajnah Kebajikan DPPKPS - 0174283285.
No comments:
Post a Comment