Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), hari ini tampil mengemukakan bantahan terhadap tindakan kejam tentera Ethiopia (Habsyah) dalam tragedi penyembelihan 11 orang Ulama di Masjid Al-Hidayah, Mogadishu negara Somalia pada 21 April 2008 baru-baru ini. Surat bantahan berkenaan diserahkan kepada wakil PBB di Malaysia, Asfaazam Kasbani.
Dalam taklimat ringkas Asfaazam, beliau menyatakan bahawa DPPP adalah organisasi pertama yang tampil membuat bantahan terhadap isu ini yang nampaknya dipandang sepi oleh negara-negara OIC.
Asfaazam juga menyatakan bahawa krisis antara tentera Kerajaan Somalia dan tentera dari negara Ethiopia telah berlarutan hingga menyebabkan lebih 80 orang awam termasuk 11 ulama terbunuh. Dalam kejadian di Masjid Al-Hidayah seramai 21 orang pelajar turut ditangkap oleh tentera Ethiopia tetapi masih belum diketahui nasib mereka.
Tragedi ini adalah satu perkara yang serius dan PBB sebagai pertubuhan antarabangsa harus mengambil tindakan segera agar krisis ini tidak berpanjangan.
Pembunuhan 11 Ulama dari Jamaah Sufi Tabligh termasuk pemimpin mereka Sheikh Saed Yehia adalah sesuatu yang sukar diterima kerana mereka hanyalah orang awam yang tidak berdosa dan tidak terlibat dalam pergolakkan politik yang kian meruncing itu.
Badan-badan NGOs dan Organisasi besar dunia seperti PBB, OIC dan lainnya diseru agar tampil membela nasib umat Islam di Somalia.
Kekejaman yang berlaku mengambarkan seolah-olah suatu usaha ke arah pembersihan etnik sedang berlaku di mana tentera Kristian dari Negara Ethiopia boleh sewenang-wenangnya datang ke somalia menyembelih umat Islam di negara berkenaan.
Tekanan harus diberikan kepada Kerajaan Ethiopia agar menghentikan gerakkan ketenteraan ke Somalia.
Asfaazam dalam jawapan ringkasnya berjanji akan menyampaikan memorandum berkenaan kepada Sekretariat Keselamatan PBB di New York. Beliau berharap agar badan-badan Kerajan dan NGOs turut tampil memberikan sokongan bagi membela umat Islam di Somalia.
No comments:
Post a Comment