Monday, July 26, 2010

Dah bersedia Pakatan Rakyat?

Pakatan Rakyat dah siap sedia untuk melakukan henjutan terakhir ke Putrajaya? Datfar pemilih baru dah berada dalam gengaman atau bagaimana? Pemilih baru yang diserapkan ke dalam daftar pemilih lama dah dibaca dan dikhatamkan dengan fasih atau masih ada lagi data yang tertinggal dan akan dibawa masuk dengan sah oleh SPR? Bagaimana dengan proses bantahan dan tuntutan, dah bermula? Apakah tindakan pakatan rakyat? Jangan biarkan perkara asas begini menjadi satu kerja yang ditinggalkan. Inilah perkara wajib yang sepatutnya dijadikan kerja harian dan juga rutin bagi parti politik. Jangan bercakap berdegar-degar dalam ceramah, menulis dalam blog dengan pelbagai fakta huraian tapi soal asas demokrasi tak tahu hala lagi. Buat kajian di mana pun tanya muda mudi sapa pemimpin yang disukai tapi tak tanya dah daftar mengundi ke belum? Itulah soalan paling wajar yang dikemukakan bukannya siapa pemimpin yang disayangi! Bodoh punya soalan.

Kalau menulis hebat pun, kerja-kerja berkaitan dengan proses demokrasi tak tahu, macamana Pakatan Rakyat nak menang? Proses pendaftaran sendiri pun tak tahu. Apa dia Borang A, apa dia Borang Tuntutan dan Borang Bantahan? Borang borang ini pun masih tak tahu bagaimana bercakap hal politik? Politik kaldai le tu. Bawak je barang tapi tak tahu apa barang yang dibawak atas belakang. Menulis bermacam-macam tapi daftar sebagai pemilih pun tak habih macamana. Memangkah belum tentu lagi, nak masuk Pusat Mengundi pun tidak. Ada yang mengundi jauh dari rumah pun tak reti reti nak bertukar alamat. Dalam blog bukan main sedap lagi fakta yang ditulis bagi pihak Pakatan Rakyat perlu buat. PR perlu buat ini, PR perlu buat itu. Ceramah tak perlu. Kena buat cara baru, cara millenium cara masa depan.

Taklimat tentang Poling Agent, Counting Agent, Voting agent dan beberapa agent lagi termasuk agent perisik luar jangka. Poling Agent pun kena jerkah dengan pegawai SPR, mari lewat pun tak berani nak masuk Pusat Mengundi, habis bagaimana kalau ilmu tak ada? Orang cakap politik kita cakap politik. Bilang undi pun tak tahu. Nak tulis borang check list pun tak tahu. Tak termasuk lagi tentang undang undang dan akta pilihanraya. Yang senang pun masih teraba raba. Lepas pilihanraya tulis dalam blog, PAS ini pincang, PAS runcing, PAS herot, PAS senget tapi ahli dia tak bayar yuran, tak ambil tahu pasal pilihanraya. Ambik tahu sangat perjumpaan pemimpin pas dalam gelap dalam cerah, tepi longkang dijadikan usrah barbican untuk hentam pemimpin. Cari apa saja salah pemimpin. Kerja-kerja politik tak mahu dibuat. Sedap duduk depan PC hentam pemimpin.

Perkara asas Pilihanraya dalam usaha menawan Putrajaya kalau tak dilakukan bagaimana nak menang? Kalau sesenang menulis dalam blog buat fakta, buat research, buat kerja kerja kotor itu lagi senang dari membuat kerja kerja parti untuk menghadapi pilihanraya. Siang malam bertamu di depan monitor meneliti fakta, angka lokaliti, kampung kedudukan pemilih. penambahan lokaliti pembuangan lokaliti. Pecah sempadan belah bahagi apakah dah dibuat? Tolonglah kerja untuk parti, bukan hanya pekerja parti kena buat. Ahli parti pun sepatutnya menolong kerja kerja ini, bukannya berseronok dalam alam maya. Sekolah-sekolah tempat mengundi pun masih kelabu lagi. Kenalpasti pengundi pun tak biasa buat. Ntah ntah tak pernah mengundi kerana tak pernah mendaftar. Hanyutlah penyokong dan ahli Pakatan Rakyat ni. Pandai cakap tapi buatnya hanyut jahanam. Masa dah suntuk sekarang. Kerja kerja belum bermula dengann baik. Jadi sampai bila dan bila mahu bermula?


Sumber : Di"copy-paste" dari laman FreezoneTerengganu dengan sedikit pengeditan.