Thursday, November 30, 2006

FORUM PULIHKAN DEMOKRASI

FORUM PULIHKAN DEMOKRASI

bersama

DR SYED AZMAN SYED NAWAWI
(AJK PAS Pusat)
HAJI SAARI SUNGIB
(Bekas Tahanan ISA)
USTAZ AHMAD ADNAN FADHIL
(Ketua Pemuda PAS Perlis)

Sabtu - 2 Disember 2006/11 Zulkaedah 1427H - 9malam
PASTI Sg Badak, Kelang Lama, Kulim

Semua dijemput hadir!!

Saturday, November 25, 2006

Setiap Hari Disakiti - Dr Burhanuddin al-Helmy


“Suatu hari doktor memberitahu bahawa dalam tubuh saya kekurangan air. Air liur saya pekat dan mulut kekeringan kerana saya hanya diberi minum secawan teh pagi, secawan air panas masa makan tengah hari dan malam. Doktor juga pertahankan agar mereka beri saya air panas.

Kira-kira tiga hari setelah saya ditahan saya mengidap sakit gatal di celah kelangkang dan kedua belah tangan saya berkudis-kudis. Saya minta seluar dan baju baru yang tidak berganti-ganti. Saya telah terkena jangkitan kudis-kudis dari seluar yang kotor. Doktor kemudian meminta tukar seluar baju saya. Seluar dan baju itu juga hendaklah dijaga kebersihannya.


Seperkara yang mengazabkan saya adalah susah hendak buang air besar dan buang air kecil. Kadang-kadang sampai berjam-jam ken tunggu hendak buang air kecil atau buang air besar. Kerana terpaksa menunggu lama itu saya mendapat sakit payah kencing, iaitu kencing tidak lawas. Bila doktor memeriksa saya, didapati saya mengidap penyakit prostatitis. Sekarang ini pun saya masih lagi menghidap penyakit ini.

Saya tidak diberi pakai kaca mata padahal dari umur 15 tahun saya telah berkaca mata.

Saya tidak diberi sabun.

Saya tidak diberi berus gigi.

Saya tidak dibenarkan membaca Al-Quran.

Malam-malam nyamuk tidak terkira banyaknya menyerang sukar sekali untuk saya tidur. Tambah lagi rasa lemas dan cemas serta sesak dada. Saya tidak dibenarkan berselipar di atas lantai simen. Tilam yang diberikan mereka kepada saya kotor dan berhabuk menyebabkan saya selalu terbersin serta pula berbau busuk dan hapak”



** dapatkan buku ini di Kaunter Penerangan/Bangunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai. Hasil jualan buku ini akan dimasukkan ke dalam Dana Pembangunan Dewan Dr Burhanuddin al-Helmy, Batu Putih, Sg Kob, Kulim Kedah. Atau hubungi 019-2676625 untuk dapatkan buku ini.

Sunday, November 12, 2006

Buletin DPPKPS - Bilangan 4 Oktober 2006

Majlis Ihtifal PASTI 2006

Padang Serai, 11 Nov 2006 - PASTI di seluruh kawasan Padang Serai telah bergerak dengan baik di mana semalam telah berlangsung majlis ihtifal PASTI bagi sesi pembelajaran 2006.

Majlis Ihtifal PASTI dilangsungkan di setiap cawangan PASTI pada setiap hujung sesi pengajian. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian para pelajar PASTI serta merupakan majlis terakhir buat para pelajar berumur 6 tahun sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.


Dengan perkembangan tersebut, sesungguhnya PASTI telah melalui suatu fasa yang benar-benar menguji keupayaan PASTI untuk melahirkan insan-insan yang soleh dan solehah. Aspek pembelajaran, aspek kurikulum, aspek pengajaran mahupun aspek pengurusan tadbir PASTI berupaya ditingkatkan dari semasa ke semasa. Semuanya dengan berkat kesungguhan warga PASTI untuk memajukan sistem pembelajaran yang diterajui Dewan Pemuda PAS ini.


Mudah-mudahan PASTI akan terus digerakkan dengan sokongan padu pelbagai pihak untuk melihat sistem pembelajaran yang berteraskan Islam diangkat setinggi-tingginya. Tahniah PASTI!!!