“ Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara kamu lebih tinggi daripada suara Nabi, dan janganlah kamu bersuara keras kepadanya dengan perkataan, seperti kerasnya suara sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalan kamu sedangkan kamu tidak sedar. Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka untuk takwa, mereka dapat pengampunan dan upah yang besar”
(Al Hujuraat : 2,3)
Sebab Nuzul
Kata Imam Qatadah :
“ Allah turunkan ayat yang ke-2 surah ini bagi menegur sebagian sahabat yang meninggikan suara ketika berbicara dengan Rasulullah SAW”.
Muhammad bin Thabit meriwayatkan :
“Ketika turun ayat ke-2 surah ini, terduduklah Thabit bin Qais di atas jalan sambil menangis. Ketika itu, ‘Ashim bin ‘Adi lalu di situ dan bertanya : “Mengapa engkau menangis?” Dia menjawab:”Aku takut ayat ini turun berkenaan diriku, keran aku adalah seorang yang bersuara nyaring”. Kemudian ‘Ashim mengadu perkara ini kepada Rasulullah SAW dan Thabit pun dipanggil. Rasulullah SAW bersabda :
“Apakah engkau tidak redha jika hidup engkau terpuji, engakau akan dibunuh syahid dan akan dimasukkan ke dalam syurga?”
Dia menjawab : “ Aku redha dan aku tidak akan menyaringkan suaraku mengatasi suara Rasulullah SAW buat selama-lamanya.” Maka turunlah ayat ke-3, iaitu yang menceritakan janji Allah kepada orang yang taat akan ketetapanNya.
Penjelasan umum
Allah mengajar orang-orang mukmin supaya memuliakan Rasulullah dan menghormatinya, kerana yang dimikian itu hukumnya wajib. Orang mukmin diajar apabila bercakap dengan Nabi SAW hendaklah merendahkan suara, jangan meninggi dengan mengangkat suara melebihi suara Nabi. Jangan pula memanggil namanya sahaja sebagaimana yang biasa dilakukan oleh sebahagian orang kepada sebahagian yang lain.
Perbuatan mengangkat suara dan mengeras-ngeras perkataan di hadapan Nabi, dikhuatiri akan menghilangkan pahala amalan tanpa disedari. Adapun perbuatan tidak sopan terhadap Nabi dengan memperkecilkan martabatnya, boleh membawa kepada kufur dan menghilangkan pahala amalan.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah membuktikan kepatuhannya kepada perintah Allah ini dengan menegaskan :
“ Demi Allah, Aku tidak akan mengangkat suara aku melainkan aku bercakap (dengan Rasulullah) seperti hendak memberikan sesuatu rahsia”
Perlu juga diketahui, bahawa larangan mengangkat suara bukan sahaja semasa bersama-sama Rasulullah SAW, tetapi termasuk juga setelah baginda wafat iaitu apabila dibaca hadis-hadis baginda. Kita mestilah menghormati ucapan-ucapan Rasulullah SAW sebagaimana kita disuruh diam ketika mendengar bacaan Al-Quran.
Firman Allah :
“ Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarlah kamu kepadanya serta diamlah kamu”
(Al-A’raf:204)
Sesungguhnya sabda Rasulullah SAW juga adalah daripada Allah Taala. Oleh itu, kita juga hendaklah menghormati hadis Rasulullah sebagaimana kita disuruh menghormati semasa baginda hidup.
Qadhi Abu Bakar bin ‘Al-Arabi menegaskan :
“ Menghormati Nabi SAW selapa wafat samalah seperti baginda masih hidup. Sabdanya yang bernas dan berkesan itu selepas kewafatannya sama juga ketika baginda masih hidup. Apabila dibacakan hadisnya, maka wajiblah ke atas setiap yang hadir tidak mengangkat suaranya. Dan jangan berpaling daripadanya, sebagaimana pada kebiasaan di dalam majlis Rasulullah SAW ketika baginda melafazkan kata-kata”.
Demikian juga ketika kita menziarahi maqam baginda, hendakalah kita bersikap lemah lembut, sopan santun dan jangan meninggikan suara. Saidina Umar pernah memanggil dua pemuda yang bertengkar di hadapan maqam Nabi SAW dan bertanya :”Apakah kamu penduduk Madinah atau datang dari luar?” Lalu dijawab dari luar oleh Thaif. Maka Saidina Umar memberi amaran keras “ Kalau kamu penduduk Madinah, Aku akan sebat dengan cemeti”.
Realiti Kini
Sunnah Rasulullah yang terdiri dari perkataan, perbuatan dan pengakuan dihina dan diperlekehkan. Terbaru dalam kes serban yang dipakai oleh 3 pelajar yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, kesudahannya serban dihina sebagaimana penghinaan terhadap janggut Rasulullah SAW.
Tindakan Kita
1. Tanamkan sifat memulia dan mengagungkan sunnah Rasul
2. Memperbanyakkan amalan yang dilakukan oleh Rasul dalam kehidupan
3. Sunnah Rasul bukan sekadar ibadat khusus sahaja bahkan yang lebih besar melaksanakan syariat Rasul.
Hadis dan Isu Semasa
“Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum muslimin memerangi kaum yahudi sehingga kaum yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu berkata : Hai orang Islam, inilah yahudi berada di belakang ku, marilah dan bunuhlah ia kecuali pohon gharqad kerana pohon ini adalah dari pohon yahudi (melindunginya)”
(Bukhari dan Muslim)
Pengajaran
1. Apa yang disebut oleh Rasul tidak akan berlaku kecuali apabila solat jamaah umat Islam seperti solat Jumaat (jumlah yang ramai)
2. Pohon gharqad itu sekarang ialah pemimpin dunia Arab kerana mereka yang melindungi yahudi
3. Kini umat Arab sudah mati, yang masih hidup ialah umat Islam
4. HAMAS diberi kata dua oleh yahudi, samaada iktiraf Israil atau tinggalkan Palestin
Penutup
Apa yang berlaku pada Palestin tidak mustahil akan berlaku pada kita jika kita terus alpa. Sudah banyak tanah-tanah kita terlepas ke tangan kafir dan kuasa asing. Ekonomi kita dikuasai, politik kita mengikut telunjuk kuasa besar. Iman pula mengikut hawa nafsu. Kita serba lemah dan wajib membina kekuatan bagi menghadapi cabaran ini, namun…..Tongkat Ali tidak mampu menguatkan semua ini……………