Sunday, November 12, 2006

Majlis Ihtifal PASTI 2006

Padang Serai, 11 Nov 2006 - PASTI di seluruh kawasan Padang Serai telah bergerak dengan baik di mana semalam telah berlangsung majlis ihtifal PASTI bagi sesi pembelajaran 2006.

Majlis Ihtifal PASTI dilangsungkan di setiap cawangan PASTI pada setiap hujung sesi pengajian. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian para pelajar PASTI serta merupakan majlis terakhir buat para pelajar berumur 6 tahun sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.


Dengan perkembangan tersebut, sesungguhnya PASTI telah melalui suatu fasa yang benar-benar menguji keupayaan PASTI untuk melahirkan insan-insan yang soleh dan solehah. Aspek pembelajaran, aspek kurikulum, aspek pengajaran mahupun aspek pengurusan tadbir PASTI berupaya ditingkatkan dari semasa ke semasa. Semuanya dengan berkat kesungguhan warga PASTI untuk memajukan sistem pembelajaran yang diterajui Dewan Pemuda PAS ini.


Mudah-mudahan PASTI akan terus digerakkan dengan sokongan padu pelbagai pihak untuk melihat sistem pembelajaran yang berteraskan Islam diangkat setinggi-tingginya. Tahniah PASTI!!!

No comments:

Post a Comment