
memang tak cukup nak tulis semua...apapun,semoga NISA' GAMES 2007 ini menjadi titik tolak untuk kita semua membentuk akhlak&peribadi mulia wanita sejati tanpa mengenepikan hak, keinginan serta fitrah wanita iu sendiri, wanita alaf baru khasnya...&secara peribadi,jauh di lubuk hati ana ianya merupakan satu motivasi terindah utk menghidupkan nisa' di kawasan sendiri.
& tak dilupakan...antara saat paling menguja... kehadiran CIK RUQAYA AL-GHASARA pastinya memberikan semangat kepada kami yg jelas teruja melihat kehadirannya di hadapan mata kami..MASYA ALLAH... cantik dia ni...(yg kat dalam suatkhabar tu tak cantik..she's not photogenic...'buruk khabar dari rupa') Cik ruqaya yang masih di tahun dua jurusan perniagaan di Universiti Terbuka Arab, Bahrain merupakan seorang yang murah dengan senyuman&sangat optimis dengan perjuangan sukan&fikrah wanita Islam yang digabungkan menjadi satu ramuan yang terlalu indah untuk diperjuangkan.
Cik Ruqaya memohon agar kita semua mendoakan kejayaan beliau setiap kali selepas solat bagi kejohanan dunia di osaka tahun hadapan...SAMA-SAMA KITA DOAKAN..
sekali lagi, TAHNIAH kepada NISA' MALAYSIA, KERAJAAN NEGERI KELANTAN & SEMUA ATLET2...kita jumpa lagi di Nisa' Games akan datang insyaALLAH....
salam harmoni..."
Batu Putih, Isnin - Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Dewan Dr Burhanuddin Al-Helmy telah dilangsungkan dengan jayanya pada 19 Februari 2007 yang lalu di tapak tanah waqaf di Kg Batu Putih, Kulim. Segala persiapan dan persediaan yang dijalankan hanya kira-kira sebulan yang lalu telah membuahkan hasil yang walaupun tidak 100% tercapai, namun cukup untuk mewar-warkan kepada masyarakat umum tentang usaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai (DPPKPS) untuk memajukan tanah waqaf tersebut sehingga terdirinya sebuah bangunan dewan serbaguna di situ kelak.
Merbau Pulas - Musnah! Tiada apa yang tinggal. Itulah yang dapat digambarkan apabila kami beberapa AJK DPPKPS serta Ketua DPPKPS sendiri menziarahi sebuah keluarga yang telah kehilangan segala harta benda mereka apabila rumah yang mereka diami selama ini musnah dijilat api. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat 9 Februari 2007 lepas bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada ahli keluarga terbabit.
