Friday, January 26, 2007

Ceramah Boikot Pilihanraya - 27 Januari 2007

Ceramah Boikot Pilihanraya
bersama

YB Ustaz Dato' Harun Taib
(Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat)

pada

27 Januari 2007 - Sabtu
9 malam

bertempat di
Dewan Haji Man, Kg Siam, Lunas

Semua dijemput hadir beramai-ramai!!

Thursday, January 25, 2007

Sambutan Tahun Baru Islam 1428H - mengimbau semangat penghijrahan Nabi SAW


DPPKPS memulakan 1 Muharram 1428H dengan satu program Sambutan Tahun Baru Islam 1428H bertempat di PASTI Islahiyyah Sg Badak, Kelang Lama Kulim.

Menyedari peri pentingnya membawa masyarakat kepada penghayatan Islam, di samping menawarkan kepada masyarakat setempat dengan program yang memberi peringatan dari Al-Quran, pihak penganjur telah menjemput seorang ulama' muda yang berkhidmat di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Mohd Zainul Asri Ramli.

Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid dari anak-anak PASTI Islahiyyah dan juga persembahan nasyid khas dari kumpulan anak muda dari Masjid Sg Seluang, Lunas.
Dalam penyampaian oleh Tuan Guru Zainul Asri, beliau telah membawa kisah Hijrah bersejarah Ar-Rasul SAW kira-kira 1428 tahun yang lalu di samping beberapa usaha awal Nabi SAW untuk berhijrah untuk mendapatkan tapak yang kukuh untuk Islam mula disebar luaskan.
Tuan Guru juga mengimbas peranan sahabat-sahabat dan orang yang terlibat sepanjang peristiwa bersejarah tersebut. Ini semua menggambarkan ketinggian pengorbanan yang dilakukan demi untuk memartabatkan Islam sehingga sampai ke tangan kita pada hari ini.
  • Bagaimana ceria dan berdebarnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA menunggu panggilan untuk menemani Rasulullah berhijrah ke Madinah
  • Bagaimana cinta dan kasihnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA kepada Rasulullah SAW apabila menahan dengan tangannya seekor kala jengking daripada keluar dari lubangnya dan mengganggu Rasulullah
  • Bagaimana beraninya Saidina Ali mengambil risiko untuk 'mati syahid' dengan menggantikan tempat tidur Ar-Rasul SAW
  • Bagaimana gigihnya Asma' binti Abu Bakar RA yang walaupun sedang mengandung, berupaya mendaki ke Gua Thur untuk menghantar makanan kepada ayahandanya dan Rasulullah
  • Bagaimana beraninya Asma' binti Abu Bakar RA berhadapan dengan Abu Jahal dan puak kuffar dan mengatakan 'tidak tahu' apabila ditanyakan tentang Rasulullah, sehingga dilempang oleh Abu Jahal dan tercabut anting-antingnya
  • Bagaimana cekalnya Abdullah bin Abu Bakar RA meninjau pergerakan puak kuffar untuk memberi maklumat kepada Rasulullah tentang keadaan semasa perjalanan ke Madinah
  • Bagaimana tabahnya Amir bin Fuhairah, seorang gembala kambing membawa kambing-kambingnya menghilangkan bukan saja jejak-jejak perjalanan Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar bahkan juga jejak kaki Asma' binti Abu Bakar
  • Bagaimana kesanggupan seorang Yahudi, Abdullah bin Uraiq menjadi penunjuk jalan kepada Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar
Ini semua merupakan secebis kisah pengorbanan para sahabat dalam kisah hijrah tersebut yang wajar dan secara warasnya kita mengambil pengiktibaran besar daripadanya.

Kita akhiri 1427H dengan doa akhir tahun, dan kemudiannya kita mulakan 1428H dengan doa awal tahun. Dan kita mulakan kitab/diari amal tahun baru ini dengan azam yang tinggi untuk meningkatkan ilmu, iman, amal dan kerja buat kita untuk memastikan tahun mendatang ini Islam tidak lagi terhina tapi dijulang....."Islam itu tinggi, tiada yang tinggi daripadanya"

Wednesday, January 17, 2007

Majlis Sambutan Tahun Baru Islam

Majlis Sambutan Tahun Baru Islam

bersama

TUAN GURU MUHD ZAINUL ASRI RAMLI
Ketua Penerang Dewan Ulama' PAS Kedah

Sabtu - 9:00 pagi
20 Januari 2007 / 1 Muharram 1428
PASTI Islahiyyah Sg Badak, Kelang Lama
Kulim, Kedah

Semua muslimin muslimat dijemput hadir!!

Friday, January 12, 2007

PASTI bermula sesi 2007!!!


Ahad, 7 Januari 2007 - Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) hari ini memulakan sesi pengajiaannya bagi sesi 2007 secara serentak di seluruh PASTI dalam kawasan Padang Serai. Pertumbuhan dan perkembangan PASTI sememangnya tidak boleh dinafikan kebelakangan ini dan sekaligus dibuktikan pada sesi pengajian 2007 ini.
  • 2 buah PASTI baru ditubuhkan lagi menjadikan jumlah kesemua PASTI dalam Kawasan Padang Serai meningkat kepada 17 buah. PASTI baru di Taman Desa Aman dan Padang Serai
  • PASTI di Taman Mutiara meningkat hingga ke 200 orang pelajar dan pengurusan PASTI diminta untuk membuka sebuah lagi PASTI di cawangan tersebut.
  • PASTI Sg Badak juga meningkat pendaftarannya
Alhamdulillah PASTI sememangnya merupakan satu aset yang berharga buat Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Anak-anak PASTI ini merupakan anak-anak yang bertuah kerana mendapat ibu bapa yang prihatin dan peka dengan keperluan pendidikan Islam sedari umur awal lagi.
Moga-moga PASTI akan terus berkembang dan berjaya melahirkan insan-insan yang soleh dan musleh...Insya-Allah

Thursday, January 04, 2007

Siri Penerangan - Januari 2007

Ceramah 1

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
(AJK PAS Pusat/Pesuruhjaya PAS Pahang)
6 Januari 2007 / 16 Zulhijjah 1427H
9 malam
Markaz Taman Desa Aman
Kulim Kedah


Ceramah 2

Ustaz Sidiq Noor
7 Januari 2007 / 17 Zulhijjah 1427H
9 malam
Tapak Dewan Dr Burhanuddin Al-Helmy
Batu Putih, Malau Kedah

Tuesday, December 26, 2006

Aktiviti edaran risalah di pasar malam - Labu Besar pula

Isnin, 25 Disember 2006 - DPPKPS di bawah anjuran Lajnah Penerangan sekali lagi dengan konsisten bergerak dalam misi ekspedisi dakwah ke kawasan sekitar Padang Serai. Kali ini lokasi pilihan adalah pasar malam Labu Besar. Berbekalkan Buletin DPPKPS, Bilangan 5, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai dengan disertai beberapa ahli pemuda cawangan sekitar telah menyertai program ini.

Program yang bermula sekitar jam 6.20 petang ini bertujuan untuk menyebar luaskan aktiviti penerangan dan dakwah secara sederhana dengan mengambil kira golongan sasaran awam yang berkunjung ke pasar-pasar malam. Program bulanan ini juga mengambil saranan YB Ketua Pemuda PAS yang menghendakkan Pemuda PAS untuk bertindak selaku duta penyelamat dan kasih sayang.

Respon dalam program kali ini amatlah baik. Sehingga risalah yang diedarkan habis dengan begitu pantas sekali. Terdengar juga rungutan sesetengah pengunjung/peniaga yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan risalah tersebut.

Mudah-mudahan usaha kecil ini ada nilaian di sisi Allah dan dengan usaha kecil ini juga moga-moga dapat menggerakkan hati masyarakat yang menerimanya untuk melakukan perubahan ataupun lebih dekat dan memahami Islam, Insya-Allah...

Buletin DPPKPS - Bilangan 5 Disember 2006

Thursday, November 30, 2006

FORUM PULIHKAN DEMOKRASI

FORUM PULIHKAN DEMOKRASI

bersama

DR SYED AZMAN SYED NAWAWI
(AJK PAS Pusat)
HAJI SAARI SUNGIB
(Bekas Tahanan ISA)
USTAZ AHMAD ADNAN FADHIL
(Ketua Pemuda PAS Perlis)

Sabtu - 2 Disember 2006/11 Zulkaedah 1427H - 9malam
PASTI Sg Badak, Kelang Lama, Kulim

Semua dijemput hadir!!

Saturday, November 25, 2006

Setiap Hari Disakiti - Dr Burhanuddin al-Helmy


“Suatu hari doktor memberitahu bahawa dalam tubuh saya kekurangan air. Air liur saya pekat dan mulut kekeringan kerana saya hanya diberi minum secawan teh pagi, secawan air panas masa makan tengah hari dan malam. Doktor juga pertahankan agar mereka beri saya air panas.

Kira-kira tiga hari setelah saya ditahan saya mengidap sakit gatal di celah kelangkang dan kedua belah tangan saya berkudis-kudis. Saya minta seluar dan baju baru yang tidak berganti-ganti. Saya telah terkena jangkitan kudis-kudis dari seluar yang kotor. Doktor kemudian meminta tukar seluar baju saya. Seluar dan baju itu juga hendaklah dijaga kebersihannya.


Seperkara yang mengazabkan saya adalah susah hendak buang air besar dan buang air kecil. Kadang-kadang sampai berjam-jam ken tunggu hendak buang air kecil atau buang air besar. Kerana terpaksa menunggu lama itu saya mendapat sakit payah kencing, iaitu kencing tidak lawas. Bila doktor memeriksa saya, didapati saya mengidap penyakit prostatitis. Sekarang ini pun saya masih lagi menghidap penyakit ini.

Saya tidak diberi pakai kaca mata padahal dari umur 15 tahun saya telah berkaca mata.

Saya tidak diberi sabun.

Saya tidak diberi berus gigi.

Saya tidak dibenarkan membaca Al-Quran.

Malam-malam nyamuk tidak terkira banyaknya menyerang sukar sekali untuk saya tidur. Tambah lagi rasa lemas dan cemas serta sesak dada. Saya tidak dibenarkan berselipar di atas lantai simen. Tilam yang diberikan mereka kepada saya kotor dan berhabuk menyebabkan saya selalu terbersin serta pula berbau busuk dan hapak”



** dapatkan buku ini di Kaunter Penerangan/Bangunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai. Hasil jualan buku ini akan dimasukkan ke dalam Dana Pembangunan Dewan Dr Burhanuddin al-Helmy, Batu Putih, Sg Kob, Kulim Kedah. Atau hubungi 019-2676625 untuk dapatkan buku ini.