Saturday, December 14, 2013

Ops cuci & Misi Bantuan Banjir Ke Pantai Timur.

Negara kita baru-baru ini khasnya bagi negeri-negeri di sebelah pantai timur ( Pahang, Tregganu & Kelantan ) telah menerima ujian & musibah daripada Allah SWT. Ketiga-tiga negeri ini telah dilanda banjir yang besar dan membawa kerosakan yang teruk terhadap harta benda malah termasuk nyawa penduduk di kawasan yang terlibat. Atas semangat peri kemanusiaan & belas ehsan sesama manusia, maka bermula pada 10 Disember 2013 sehingga air banjir surut, PAS Kawasan Padang Serai & DPPKPS (termasuk Unit Amal ) telah pergi memberi bantuan terhadap mangsa-mangsa banjir sama ada ketika dan selepas berlakunya musibah tersebut. Sumbangan kewangan / bantuan orang ramai dari Kawasan Padang Serai seperti makanan, air minuman, pakaian & peralatan mencuci rumah telah di bawa ke sana bagi membantu mangsa-mangsa banjir.











No comments:

Post a Comment