Monday, September 30, 2013

Catitan Ringkas Ucapan Tuan Guru Presiden PAS Semasa Liqa' Fikri di KUIZM pada 28 September 2013.

LIQA FIKRI - PEMBENTANGAN 1
TGHA memulakan sesi pembentangan dengan membacakan sepotong ayat dr surah Ar-Rum.
 
TGHA cuba utk gambarkan kuasa besar dunia Amerika yang merancang untuk takhluk rantau Arab untuk menguasai petrolium dan uranium. Lebih separuh sumber penjanaan kuasa terletak di negara Islam.
 Yang penting bg AS adalah 
i. Israel 
ii. Negara Teluk.
 AS sedar bahawa Iran, Mesir, Turki, Syria dan Saudi ada kekuatan tentera maka negara2 ini perlu diberikan perhatian dan kekuatan ini mesti dilumpuhkan.
Ada dua sebab utama duit negara habis : 
i. Hutang 
ii. Perang
Menggunakan strategi menjatuhkan kerajaan Islam dengan cara menjatuhkan kerajaan Othmaniah.Menggunakan 'orang bodoh' dalam mazhab untuk memecah belahkan umat Islam.
Resolusi untuk mengatasi masalah ini ;
 1. Pendekatan Muwajahah silmiah
 2. Menangani Islamophobia
 3. Penyelarasan dengan kumpulan Islam diseluruh dunia.
 
LIQA FIKRI - PEMBENTANGAN 2
 TGHA memulakan sesi kedua dengan menyentuh tentang tarbiyah.
 - berjuang dan berniat untuk mati syahid.
 Tarbiyah Tabi'e
 - akan menggerunkan musuh
 - hati juga akan ada pelbagai perasaan bila berjuang seperti takut dll.
 - hanya orang yang berjuang di lapangan akan merasai tarbiyah tabi'e ini.
 TGHA sentuh tentang Istiqamah dalam berjuang.
 - Membacakan surah Yunus ayat ke 88.
 - Wajib untuk beristiqamah.
 - banyak lagi ayat2 Al-Quran yang menyuruh kita untuk beristiqamah dalam berjuang.
 TGHA juga sentuh Wehdahtus Soff
 - Membaca surah As-Soff ayat ke 4
 - Ia berkaitan tentang organisasi dan jamaah yang kukuh, diperkukuhkan oleh semua pihak.
 - Ulama dan professional dalam PAS telah wujud sejak PAS ditubuhkan dan kumpulan ini saling lengkap-melengkapi.
 - perbezaan di antara ulama' dan profesional banyak membawa kebaikan kepada PAS.
 - "Kamu lebih tahu di atas urusan dunia kamu"
 - Pemecah belah di pengaruhi oleh Syaitan Sekularisme.
 - Tarbiyah perlu untuk memahami Islam. Mengambil contoh Khalid Al-Walid yang menerima Islam dan belajar Islam secara berterusan tanpa perlu tunggu untuk faham Islam dulu baru berjuang.
 - Perbetulkan sahabat kita di atas kejahilannya.
 PAS adalah parti yang diterima oleh semua.
 - TGHA sentuh tentang pernah berlakunya pertembungan Kaum Muda dan Kaum Tua sehingga banyak masa digunakan untuk berbahas. Contohnya, kaum muda bawa pndangan bahawa biawak boleh dimakan sebab bentuknya seperti Dhob.
 - PAS terima semua pihak untuk bersama dengan PAS tetapi mesti ada program Tarbiyah.
 - Nabi Muhamad menerima semua pihak untuk masuk Islam tetapi perlu disusuli dengan tarbiyah.
 Tindakan PAS
 1. Menangani perkara negatif
 - kesilapan maklumat akan beri kesan negatif kepada PAS.
 - perlu pastikan sumber maklumat.
 2. Teliti dalam tindakan.
 - jangan sebarkan rahsia parti.
 - perlu perkukuhkan hubngan sesama kita. Kita nak bersama di dunia dan akhirat (TGHA sebak lalu mengesat air matanya)
 - kita berbalah sebab dunia spt tak dapat jadi calon dll.
 - Gunakan Majlis Syura Ulama' untuk menyelesaikan masalah bab hukum.
 - Istiqamah dalam perjuangan.
 PENUTUP
 1. TGHA mmbaca surah Al-Asr
 - menjelaskan kenapa kita mengakhiri majlis denfan surah ini. Ia adalah amalan Solatussoleh.
 - Ia mengingatkan kita tentang teras jamaah Islam.
 - Imam Syafie - surah ini sudah cukup untuk menjadi pegangan mereka, konsep berjamaah - berpesan2.
 Istiqamah sangat mencabar - niat baik tapi bebal akan menyebabkan kita tersalah langkah. Perlu selalu bertemu seperti dalam usrah
 - Kesilapan kita adalah satu tarbiyah. Mengaku silap bila melakukan kesilapan.
 - Berpandukan kepada maklumat yang betul untuk setiap tindakan.
 
Wassalam
 Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
 29 September 2013

No comments:

Post a Comment