Wednesday, April 03, 2013

Bersih dari rasuah pencapaian paling utama Kedah

SUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Razak (gambar) menyifatkan pencapaian paling bermakna sepanjang beliau mentadbir Kedah selama lima tahun adalah bersih dari rasuah.

"Kalau ada tangkaplah,"kata Azizan dalam wawancara khas beliau dengan wartawan Kedah dekat sini baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga berkata, kerajaan negeri memberi bantuan rakyat tanpa mengira kaum iaitu skim Kafalah.

"Kalau berlaku kematian, kita bagi pada India, Cina, Siam dan Melayu. Bagi bantuan pendidikan, agenda pertanian Kedah dan banyak lagi.

"Semuanya ada dalam ‘Buku Sayangi Kedah Sejahtera’ yang telah dilancarkan," katanya lagi.

Kedah juga, katanya, membuat rakyat rasa tidak didiskriminasi, sama ada kerana kaum ataupun fahaman politik yang berbeza.

"Yang ini tak berlaku dulu," katanya.

Projek paling besar yang dibuat kerajaan negeri pula adalah membuat kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil dalam masa empat tahun dengan kos RM330 juta.

"Satu sen pun kita tak dapat bantuan daripada kerajaan Pusat. Tetapi kita dapat pinjaman bank. Memang ada beberapa kekangan yang dihadapi, biasalah," tegasnya. - Petikan Akhbar Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment