Tuesday, March 13, 2012

Program Jejak Fakir 2011




Antara Program Tahunan yang dikendalikan oleh Lajnah Kebajikan DPPKPS.

Program jejak fakir 2011 Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai (DPPKPS) kini kembali. Program ini disusun oleh DPPKPS sempena bulan Ramadan ini disamping mengambil keberkatan membantu golongan fakir & miskin pada bulan Ramadan yang mulia ini. Tema membina Negara Berkebajikan perlu dimulakan dari bawah dengan mengenali golongan marhain yang sememangnya perlu dibantu.

Program ini bermula sejak awal bulan Ramadan lagi. Pada 14/8/2011 DPPKPS telah berjaya memasuki beberapa kawasan kampung yang majoritinya fakir & miskin. Kawasan yang terlibat adalah Bikan Atas & Bikan Bawah, Kuala Dahan, Bagan Sena, Kampung Keda, Kg. Bukit Sarang Ayam, Sg.Seluang & Keladi.

Sebanyak 50 buah rumah fakir telah berjaya dikunjungi untuk diberi bantuan setakat ini. Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk wang tunai dan juga barangan keperluan harian seperti beras,gula,kopi & sebagainya.

Turut hadir pada ziarah fakir dalam memberi sumbangan kali ini ialah Ustaz Yusof Awang (Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, merangkap pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Negeri Kedah). Bersama-sama dengan Ketua,Timbalan Ketua , Pengerusi Lajnah Kebajikan serta beberapa AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai.

Menjejaki golongan kurang bernasib baik, fakir & miskin perlu diperhebatkan bukan sahaja dalam bulan Ramadan, tetapi perlulah berpanjangan.Kerja-kerja menyantuni golongan kurang bernasib baik, fakir & miskin ini amat wajar diteruskan. Sehubungan itu Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai mengalu-alukan mereka yang perihatin untuk menghulurkan sumbangan sama ada berbentuk barangan atau pun kewangan. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi En Khalid Md Noh, 016-4564245 ( Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPKPS).



No comments:

Post a Comment