Friday, January 16, 2009

Kesal Dengan Tindakan Pelampau di Surau APIUM














Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai (DPPKPS) kesal dengan sikap melampau yang telah ditunjukkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap PAS dengan membalut Kepala Babi dengan Bendera PAS dan diletakkan di dalam sebuah Surau di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ketika kerancakan Pilihanraya Kampus dan Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu sedang berlangsung seperti mana yang dilaporkan oleh blog KedahLanie http://kedahlanie.blogspot.com . Tindakan biadap ini diselar kerana memperolok-olokkan rumah ibadat orang Islam dengan mencampakkan najis di dalamnya. Kebiadapan ini jika tidak ditangani segera oleh pihak Universiti Malaya sebagai pusat percambahan ilmu dan Menara Gading dalam negara, akan memburukkan lagi keadaan. Pihak DPPKPS menyeru kepada Pihak Pentadbir Universiti menyiasat segera insiden yang berlaku ini dan hasil siasatan dimaklumkan kepada umum kerana membabitkan maruah Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai sebuah parti politik yang sah di dalam negara.




Saifol Nizam Nordin
Ketua Penerangan DPPKPS

No comments:

Post a Comment