Sunday, July 23, 2006

Edar Buletin di Pasar malam Taman Mutiara

22 Julai 2006 - Seperti yang dirancang dan dipersetujui semua, kami akan 'menyerbu' pasar malam Taman Mutiara, Sg Kob untuk mengedar Buletin DPPKPS bilangan pertama.

Program ini dirancang untuk menjadi program bulanan DPP Kawasan. Kami akan turun setiap bulan ke pasar malam sekitar kawasan Padang Serai dan mengedar risalah dan bertemu masyarakat setempat.

Petang semalam, beberapa AJK DPPKPS disertai sekumpulan besar ahli Pemuda Cawangan Taman Mutiara telah membantu untuk menjayakan program ini yang bermula jam 6 petang.

Usaha yang berterusan seperti ini akan dilakukan bagi memberi penerangan kepada masyarakat, memperkenalkan DPPKPS kepada masyarakat serta menyampaikan usaha dakwah untuk memberi kefahaman terhadap Islam. Moga dengan usaha yang kecil ini akan dihisab oleh Allah ta'ala sebagai satu amalan yang mendapat redha dan berkah-Nya...Insya-Allah.

Teruskan usaha ini DPPKPS!!!!

No comments:

Post a Comment